welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, July 15, 2010

mp rembau merajuk

mp rembau yang baru tamat latihan askar wataniah telah merajuk hati. mengapa ketua pemuda merajuk hati sampaikan tak mahu bertanding ketua pemuda umno lagi. apakah keris umno dah semakin tumpul. atau merajuk sang menantu tidak berpanjangan jika pm menawarkan jawatan menteri penuh kepadanya. apakan daya menantu dah tak bertaring lagi. mertua dah tak laku diarus perdana. menantu perlu segera meninggalkan arus perdana atau terus memberikan baiah yang tidak berbelah bagi kepada ketua yang baru. jika tak pandai membodek menantu perlu mencari jalan lain untuk tidak selama lamanya dipandang lekeh oleh penyokong.

mp rembau mungkin tak akan diberikan peluang lagi jika tak pandai menggunakan peluang yang ada. masa dah berlalu, masa emas mp rembau dah berlalu. pelbagai peluang dah diberikan, dah mendapat pelbagai imbuhan hadiah sampingan, beri saja projek yang begitu banyak sampai melimpah ruah dialam malaysia. syarikat yang dulunya begitu hebat dalam memonopolikan projek kerajaan dah semakin terpinggir akibat rempuhan kroni baru yang terlampau lama lapar dan dahaga. mp rembau perlu segera beredar sebelum dinyahkan bagaikan anjing kurap yang dibaling batu. jawatan ketua pemuda yang pertama tidak dianugerahkan jawatan menteri. hari ini dalam sejarah tercatit. apakah lagi sejarah yang mahu dicipta oleh mp rembau. masa mp rembau dah semakin suntuk by hook or by crook berundur atau diterajang dengan hina.

mp rembau akan dikenang sebagai ketua pemuda pertama tanpa jawatan. diera tok jib era kerajaan senator yang menjadi menteri menenggelamkan kehebatan ketua pemuda yang menang diatas pilihanrakyat. jadi apa yang ditunggu lagi oleh mp rembau, jadi bebas atau cuba try test menjadi pembangkang atau bagi sikit ugutan kepada kepimpinan sekarang. jangan jadi terlampau bacul walaupun baru aje tamat latihan askar wataniah. askar tak mengajar kita jadi pengecut dan bacul atau lari dari medan perjuangan. aku baru aje nak menjelajah kawasan rembau tapi tengok mpnya dah jadi pengecut. rembau ku tinggalkan dengan seribu kenangan. mp rembau pun mungkin dalam kenangan. merajuk kepada yang tidak sudi. apakan daya, masa dah tamat, anak emas dah jadi kuping tembaga. eden nak poie bawak hati yang luka parah.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP