welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, July 18, 2010

terima kasih deris jala

rupanya kata kata deris jala merupakan satu kebenaran, malaysia menuju kebangkrapan. jelas dan fasih deris jala memberikan kata kata. terbukti kata kata deris jala iaitu negara malaysia menuju kebangkrapan. deris jala selepas memberikan ucapan kebenaran akhirnya dibisukan oleh media massa dan pemimpin tertinggi umno. pada 16 julai 2010 pm mengumumkan kenaikan harga barang termasuk minyak petrol, diesel, gas dan gula. mengurangkan subsidi adalah membenarkan kata kata deris jala sebenarnya. malaysia negara yang menuju kebangkrapan. setelah berboros berbelanja dan mengamalkan rasuah dan kronisme maka malaysi selayaknya bangkrap. sekaya mana pun negara jika rasuah begitu tinggi hasil negara akan kering kontang disedut oleh pemimpin durjana. rakyat menderita akibat perbuatan mereka.

jika subsidi dikurangkan bermakna kantung kerajaan akan kembali penuh, yang kosong hanya lah poket rakyat jelata yang menerima pendapatan rendah lebih rendah dari pendapatan tentera gurka. di terengganu kemiskinan kerajaan umno dibawah pimpinan mat said dah berlaku. sumber kewangan yang kebanyakan dah tiris akibat perbelanjaan dibawah pimpinan deris jusoh dah mengakibatkan mat said sekarang dalam keperitan dalam memerintah terengganu. cuma sekarang hanya cakap saja besar, duit tiada dah. pembayaran kepada kontraktor dah mulai lambat masuk kedalam akaun. duit sudah susut teruk. hanya menunggu dan berdoa agar duit royalti dapat masuk kembali ke dalam akuan negeri. jika tidak pembayaran yang dibuat semakin lambat kerana tiada wang lagi yang nak dibayar. begitu teruknya situasi kerajaan terengganu sekarang.

dan sepatutnya rakyat malaysia berterima kasih kepada deris jala yang berjaya memberikan signal awal kepada rakyat yang malaysia akan bangkrap dalam masa 5 tahun. berapa peratus rakyat malaysia akan percaya kepada fakta ini, kalau ditanya kepada rakyat dikawasan luar bandar atau bandar dan juga penyokong tegar umno perkara ini disambut dingin dan dengan ketawa. tidak lojik kata meraka yang negara malaysia tiada wang. malaysia amat kaya dengan hasil bumi manakan pula boleh bangkrap. ungkapan kerajaan malaysia kaya terus didendangkan oleh makhluk ini realiti sebenarnya di tutup kemas dan rapi. media massa terus mewar warkan kenaikan ekonomi negara yang lebih kepada ekonomi pak pandir. hutang negara akan terus meningkat jika terus membiarkan umno memerintah. selamatkan malaysia dari bangkrap jika terus membiarkan umno memerintah lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP