welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, July 18, 2010

ada lagi manusia bodoh zaman ini

riuh kedai kopi dengan kenaikan harga barang, yang umno sibuk mempertahankan kepimpinan umno yang menaikkan harga barang 5 dalam satu, yang pembangkang penuh mulut dengan maki hamun dan sumpah seranah yang tak henti henti. yang berkecuali tersenyum aje. dalam hati tuhan aje yang tahu betapa kelatnya hidup yang akan mendatang. tak lama lagi puasa menjelang. umat islam malaysia tahun ini akan terselamat dari dijangkiti oleh penyakit kencing manis atau nama saintifiknya diabetis, kalau kena betis mesti kena potong. penyokong dan ahli umno biasanya akan mempertahankan kepimpinan umno walaupun dengan hujah atau auta atau hanya keras keng saja. biasanya ahli umno yang tegar akan bercerita kejayaan umno memerdekakan malaya dari inggeris kalau tiada lagi hujah atau fakta yang nak diketengahkan. yang paling hujahnya kenaikan hanyalah 5 sen sahaja.

pihak penyokong kerajaan umno berkata hanyalah kenaikan 5 sen sahaja apa yang nak dibisingkan. penyokong pembangkang bebal katanya bising aje lebih, 5sen pun nak berkira katanya. penyokong pembangkang dah lama kena balun kerana tak dapat info mengenai isu pasir diselangor, inilah masa untuk menyerang penyokong umno kerana ini isu seluruh negara bukan hanya selangor. pembangkang kata penyokong umno tak ada otak kerana 5 sen adalah untuk satu liter bukannya isi penuh yang berliter liter kalau 100 liter dah berapa sen kena tambah. rupanya penyokong umno tak faham rupanya dia ingatkan 5 sen naik hanya untuk satu tangki penuh rupanya bukannya kena tambah dua lagi kalau isi dua liter. kalau satu tangki penuh lima sen naik bolehlah diterima wahai penyokong umno yang bodoh. kalau dikira sebulan berapa ratus liter minyak dipakai kalau setahun. itu baru minyak tak termasuk gas dan gula. cuba kira kalau tak reti sangat ambik capua ke kakulator ke congak pun senang apa sekurang kena tambah dalam rm5 sehari kalu sebulan dah berapa.

kalau bagi orang kaya macam pemimpin umno tak apalah, ini adalah rakyat miskin yang hidup kais pagi makan malam atau kalau sakit tak boleh kais kena tunggu sihat baru boleh kais. jangan jadi bodoh sangat penyokong umno, hentikalah pemahaman salah tentang pemimpin umno, mereka bertambah kaya dan merana adalah rakyat yang sama sama pergi ke laut tak kira pas atau umno sama sama menarik pukat, sama sama dilambung ombak ganas, sama sama hanyut jika kehabisan minyak, yang petani sama sama galas cok cangkul sama galas tong penyembur ubat, sama sama merumput sama minum embun berjaga malam kerana takut hasil tanaman dicuri orang. kalau dibagi duit rm500 pun untuk lima tahun sekali tak sama apa yang dihabiskan oleh kita sendiri. duit rm500 tu dibagipun hak kita bukan hak orang umno. cukai yang dikutip diatas kepala kita bukannya mereka mencari sendiri pun.

melayu tak akan hilang pun kuasanya jika keadaan sekarang ke atau masa depan kerana kedudukan kerusi masih lagi majoriti dikuasai oleh orang melayu, kalau umno kalah semua sekali kerusi parlimen pas tetap menjadi dominan. kerana kerusi yang pas tandingi adalah semua kerusi umno. jangan jadi bodoh sangat seperti tok peti perak. duk sibuk main politik suruh jadi calon yb akan datang tak nak pulak. apo salahnya bertanding pilihanraya dari duk main di birai birai beranda. hambat sekali mari pulok, dok jalan pulok kata tok peti perak kalau gagal lagi usaha mereka. walaupun siapa pemimpin yang jumpa tok peti perak bukan semudah itu nak bawak pas dan umno bersatu dan berkasih sayang kembali. pas dan islam tak boleh dipisahkan itu keutamaan apa lagi yang tak kena tempat wahai tok peti jika perjuangan islam tak kena pada keutamaan dan tempat. adakah nak berjuang secara serbia, yahudi dan nazi. itukah keutamaannya?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP