welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, July 18, 2010

sebutkan nama pemimpin pas yang jumpa harusani

mufti perak dah melaungkan ada pemimpin pas dan umno yang datang berjumpa dengan beliau, laungan tok peti dari perak menimbulkan keresahan penyokong dan ahli pas yang bayar yuran dan diambil kesempatan oleh ahli pas yang tidak membayar yuran dan juga ahli pas yang sentiasa bersangka buruk kepada pemimpin pas. harussani sepatutnya lebih bertanggungjawab selepas beliau pernah bercakap bohong dahulu dalam isu kerajaan perak. kuat sungguh semangat melayu dalam diri tok peti perak ini rupanya. siapa lah yang mengajar tok peti sampai begitu menagungkan bangsa melayu melebihi iman dan takwa dalam dirinya. jangan biarkan semangat melayu melebihi semangat islam. jangan jadi tok peti melayu bukannya tok peti islam.

apakah salahnya meletakkan keutamaan dalam memperjuangkan islam, memperjuangkan islam dan mati kerananya akan dijanjikan balasan syurga, apakah mati mempertahankan melayu dapat jaminan dari allah kita akan masuk syurga atau jaminan kita mati masuk neraka. pas tak pernah silap sampai hari ini meletakkan perjuangan islam melebihi segalanya diatas dunia ini. umno yang sudah menyimpang jauh dari perjuangan mereka yang mahu memperjuangkan semangat melayu. memperjuangkan melayu tetapi menjahanamkan melayu adalah pemimpin umno. harusani sepatutntya beritahu saja nama pemimpin pas yang datang kepadanya untuk bertanyakan soalan bagaimana mahu menyatukan pas dan umno. kekeliruan ini perlu segera dijelaskan dan nanti adalah mangkuk yang akan memusingkan fakta ini sebagai perjumpaan dalam gelap seperti biasa. fitnah ini akan berlaku dengan cepat sekali. berita yang dinantikan oleh para perjuang dalam pas yang sering memutarkan fikiran manusia. sering berpandangan serong kepada pemimpin pas.

harussani perlu mendedahkan nama pemimpin pas yang datang berjumpa dengan beliau kerana aku takut harusani tak kenal mana satu pemimpin pas dan pemimpin haram pas reform. mungkin yang datang berjumpa dengan harusani adalah pemimpin pasreform yang sudah kehabisan idea dan mungkin datang bersama alamak kepala lutut yang mengaku mereka pas reform. jadi apabila mereka datang mereka sebut pasreform tapi harusani tersalah sangka mereka ini pas yang sebenarnya. sebagai tok peti seharusnya dia lebih bertanggungjawab dan bukan menyebarkan perkara perkara negatif dan kekeliruan dalam masyarakat malaysia khusus para perjuang pas. umno tak kisah sangat sebab ada tak apa tak ada pun tak apa. jangan sampai tok peti tidak lagi dihormati. dan jangan sampai dijadikan bahan lawak dalam hidup hari ini. tok peti kena perjelaskan apa yang terselindung dan apa yang tersembunyi bukannya mencari glamour semata mata. hentikan dakyar kotor, kalau nak berpolitik terjun sekali jangan duk ditepi tepi tangga sahaja.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP