welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, July 19, 2010

melayu semakin layu

peperangan umno dalam merebut harta ghanimah rakyat terus berlaku yang paling akhir di setiu, tanpa menghiraukan kedatangan tpm ke setiu untuk merasmikan persidangan umno bahagian setiu. mat jidin kem mat said dengan selamba menjawab tak hadir tak 4 orang tu, persidangan berjalan lancar jugak. hishamudin nampaknya dah tak terkawal, makin menjeruk perasaan kerana di terengganu umno terengganu tak heran sangat dengan hishamudin. diperingkat pusat umno berteriak nyaring untuk memberitahu rakyat malaysia bahawa mereka adalah perjuang melayu tulen. khairy ketua pemuda tanpa jawatan menteri menyeru supaya umno kembali kepada prinsip asal. hebat khairy dah dia kaut habis wang negara sewaktu pak mertua berkuasa akhirnya dia kembali menyeru kepada umno. kembalilah kepada perjuangan asal. umno dah lari dari track perjuangan asal, berjuang untuk bangsa, agama dan negara.

bagaimana umno nak memperjuangkan bangsa melayu, hadir sidang umno pun tak datang, duk sibuk mengira sebanyak mana lagi nak dibaham dan dimentankedarah. adun batu rakit memerangkap exco agama khazan seorang bekas ptu yang sama sama berjuang dengan umno sewaktu pas memerintah terengganu. seorang yang berpengajian agama pun duk sibuk mengira harta harat yang perlu dikumpulkan lagi. sibuknya yb sekarang adalah bukan untuk rakyat yang diwakili tetapi mewakili perut mereka sendiri. bangsa melayu dibiarkan terus hanyut. tiap malam akan ada kugiran yang berdendang di taman syahbandar.muda mudi melayu terus hanyut dibuai arus kemasiatan. dulu nak cari satu pesta sebulan sekali pun payah tapi semenjak mat said memerintah hiburan dan karaoke dan menjadi satu hidangan wajib bagi kaum melayu di terengganu.

melayu akan terus layu dibuai angin sosial yang menggila membadai negeri terengganu darul iman. iman dah agama dah boleh dijual beli. siapa kah yang bersalah, mat said, umno keseluruhannya kerana mereka membiarkan semua muda mudi melayu islam hanyut dalam gelora dosa dan noda. pengaruh dadah, arak dan seks bebas berleluasa dengan hebatnya diterengganu. inilah kaum melayu yang sepatutnya diselamatkan oleh umno bukannya menghulur tangan kepada pas untuk menjadikan mereka kembali berkuasa. selamatkan kaum melayu dahulu sebelum menghulur tangan kepada pas. jika melayu islam terengganu tak diselamatkan dahulu bagaimana nak menyelamatkan kaum melayu dimalaysia. layu manusia melayu di terengganu akan memparahkan lagi kaum melayu di malaysia. durjana sungguh umno. sanggup dia menipu kaum melayu demi survival mereka dalam politik. pergi jahanam sama umno.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP