welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, July 20, 2010

pas dikambinghitamkan

dah lama menyepi akhirnya kembali menyerang pas, siap bagi salam tu. setiap kali pas difitnah akan ditambah fitnah supaya menjadi cukup rasa. apabila timbul soal perpaduan melayu mesti naqid terulung akan timbul dan memberi jalan kepada masyarakat malaysia terus menerus mempertikaikan keikhlasan pas. sebab pas pernah berselingkuh dalam gelap dalam pandangan matanya bukannya pandangan jemaah. pandangan mata seorang penyokong pasal tertentu dalam pas bukan menyokong keseluruhan pas boleh menjadi samada orang itu betul sokong atau tidak. orang kata orang atas pagar dan orang atas pagar biasanya tuhan tak menyediakan apa apa balasan kepada mereka. biasanya orang atas pagar membawa keburukan dan kejahatan yang lebih banyak dari kebaikan. bila tak kena aje dengan akal pemikiran yang mendahului zaman bermakna ia akan mengkritik tanpa menghirau kiri dan kanan.

oleh kerana orang yang pertama mengeluarkan fakta perselingkuhan pas dengan umno walaupun perkara itu sentiasa berlaku dan akan berlaku. maka setiap kata katanya akan menjadi azimat kepada penyokongnya. lama berehat dan bertapa mencari lagi apa saja yang boleh dijadikan bahan tulisan. tulisan yang menjadikan hit laman berjuta sehari bukan ke hebat namanya. walaupun fitnah yang dilemparkan ia dah menjadi kesedapan untuk terus menerus melemparkan fitnah. dijadikan fakta oleh sebilangan blogger yang suka kepada fitnah dan persepsi negatif kepada pas. dan akan dipanjangkan selama yang boleh. sampai ke hari ini tiada bukti yang nyata bahawa pas pernah berselingkuh dengan umno selepas mac 2008. bukti tak pernah dibawa ke muka pengadilan cuma tuduhan. walaupun rumah tepi kaabah kalau tak beriman tak berguna jugakan.

dulu kata percakapan pemimpin umno bohong tetapi bila melibatkan perjumpaan pas dan umno boleh pulak mempercayai sampai ke tulang hitam. sampai bangun bemimpi masih terus menerus menulis benda yang sama. dihadamkan sampai tak keluar melalui lubang bawah.menjadi darah daging dan tersimpan rapi menjadi azimat yang sepanjang hayat. dollah badawi umum 3 kali perjumpaan disambut dengan gembira apa tak betul berita aku bawa. hebatkan luka kecil menjadi kanser akhirnya. tak hebatke kalau menulis begitu. berita kecik disensasikan agar dipandang mulia sepanjang hayat. datang lagi membawa perkhabaran gembira buat pertubuhan haram yang semakin hilang sokongan. talian hayat disambung kembali. sampai hari ini bukti hitam atau putih tidak dibawa hanya sekadar acahan seperti budak budak. kalau tahu sangat tentang perjumpaan umno pas, buktikan secara rasmi baru hebat kalau setakat tulis dalam blog orang dah tak nak pakai dah. tulis dalam blog budak tadika pun boleh tulis. orang dah tak pakai dah pakai tulis, imbas apa saja dokumen yang terbabit kalau tak ada boleh buat bukan ke semua bisa dibuat. kenapa tak buat kalau betul mempunyai bukti bukti yang jelas dan nyata. boleh mintak tolong organisasi haram buat susah sangat ke atau itupun nak diajar ke. bukan benci sangat kepada umno tapi sayang kepada umno sampaikan takut umno hilang kuasa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP