welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, July 20, 2010

respon pada tulisan edyesdotcom

aku nak tahu satu perkara je, soal ekonomi ni satu perkara compleks bukan perkara yang boleh diberi ulasan mengikut naluri dan juga kepintaran menulis dan hanya melalui pembacaan. soal husam musa yang disanjungi oleh edyes aku tak ambik kisah sangat. aku nak tahu dimana kepincangan kerajaan pas 99, kerajaan pas terengganu ke atau kerajaan pas kelantan? kalau edyes bijak sangat dalam ekonomi apakah kepincangan ekonomi yang berlaku jika sekiranya berlaku kepincangan ekonomi dalam tahun 99. atau kepincangan apa yang dimaksudkan oleh edyes pengikut setia adukatarakguna. kalau edyes begitu hebat dalam memperkatakan kepincangan ekonomi kerajaan pas 99, dimana letak kepincangan itu, aku nak tahu jugak sebagai rakyat terengganu dan juga penyokong pas.

kalau kepincangan pentadbiran kerajaan pas terengganu pada 99 sila buktikan dengan fakta jangan sedap tulis aje, tanpa fakta tulisan anda adalah fitnah dan jika rujukan fakta anda kepada tulisan tulangbesi dan juga adukatarakguna bermakna tulisan anda juga fitnah. aku bukan seorang pelajar ekonomi mungkin edyes seorang pelajar ekonomi, kalau boleh tolong dulu ekonomi adukatarakguna dulu sebelum beralih kepada ekonomi mikro dan makro. apakah kerajaan pas terengganu semasa tahun 99 begitu teruk, apakah kerajaan pas terengganu gagal membayar gaji pekerja sektor awam atau apakah petunjuk yang mengatakan kegagalan kerajaan pas 99. jangan kerana rasa diri terlampau hebat dalam mengikuti kerja kerja bangang adukatarakguna melanggar presiden sendiri.

apakah kerajaan pas terengganu 99 mengamalkan dasar jimat cermat sebagai kegagalan dan mentadbir negeri atau dijadikan pedoman, pendoman apa yang dimaksudkan. pendoman untuk pasreform yang terus merosakkan jemaah islam. sebelum menulis jangan kerana nak memuja husam musa edyes begitu hebat menghentam pas terengganu. apakah bentuk kegagalan yang boleh dijadikan pedoman kepada pemimpin negeri lain. mengunci kelas tadika seperti kata adukatarakguna atau sibuk dengan urusan projek untuk diri sendiri, beri satu nama yb terengganu yang makan rasuah dan membina rumah besar sepanjang pemerintahan pas. berikan satu nama exco yang makan duit projek sebagaimana yang dilakukan oleh exco umno. kalau tiada satu bermakna edyes tiada fakta yang boleh diketengah dan kegagalan kerajaan pas 99 tidak sepatutnya ditulis.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP