welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

jawatan mufti bukan tiket berbohong

saya mufti saya tak berbohong kata harussani. mufti kerajaan negari pasir berdengung. jika benar kata mufti kerajaan pasir berdengung bermakna harussani perlu bercakap lebih benar dan telus. itulah yang sepatutnya dicakapkan oleh tuan sahibul samahah. hikayat sahibul samahah yang berlangsung sekarang berlaku dikala isu isu perpaduan melayu. sahibul samahah perlu bercakap atas dasar islam bukannya atas dasar melayu. jawatan mufti adalah jawatan dalam agama islam dan bukannya jawatan berdasarkan bangsa melayu. amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, kalau jawatan mufti diwujudkan atas dasar kaum melayu rasanya akan timbul mufti dikalangan bangsa lain seperti cina, india, kadazan, senoi, dan juga pelbagai kaum akan membentuk jawatan mufti.

sahibul samahah perlu adil dan saksama dalam menghuraikan perpaduan melayu, kenapa sahibul samahah tak bercakap atas perpaduan cina yang semakin memborak selepas chua soi lek menang dan perpaduan india selepas ramai yang keluar mic kerana kebangangan samy vel dalam memimpin mic. kenapa sahibul samahah hanya bercakap atas dasar perpaduan melayu. hentikanlah percakapan sahibul samahah dalam soal perpaduan melayu kerana nanti takut jawatan mufti tak lagi dipandang tinggi dan mulia. walaupun mufti pasir berdengung berlindung dibalik jawatannya yang menegaskan bahawa sukar untuk dia berbohong dan ia menjadi penyebab tidak melakukan kebohongan dalam membuat kenyataan kepada media dan rakyat malaysia

mufti kerajaan pasir berdengung perlu mendedahkan nama kerana atas nama jawatan mufti, mufti kerajaan pasir berdengung lebih telus dan tidak membiarkan rakyat malaysia terus membuat andaian yang buruk kepada parti pas. jika mufti malu kepada jawatannya sebagaimana dia malu nak berbohong kerana jawatan sebagai mufti kerajaan pasir berdengung maka mufti perlu bagi nama dan dimana tempat pertemuan itu berlangsung. ia berlaku di masa ini atau masa lepas atau hanya dalam mimpi mufti dan juga mimpi blogger yang suka menyebarkan fitnah kepada pemimpin pas. mufti kerajaan pasir berdengung perlu sedar bahawa dia perlu malu pada jawatannya agar memberikan jawapan yang pasti kepada setiap permasalahan jangan hanya bila disuruh baru bersuara atau hanya bersuara apabila melibatkan kepentingan umno sahaja. mufti kerajaan pasir berdengung perlu sedar dengan segera dan jangan terus bermimpi dengan mimpi mimpi perpaduan melayu yang tak sepatutnya mufti campur tangan kerana mufti dilantik untuk ugama islam bukannya mufti dilantik hanya untuk orang melayu.

sikap mufti kerajaan pasir berdengung amat membingungkan, umno yang merompak harta rakyat, melakukan rasuah sepanjang pemerintahan. banyak kerja kerja yang mencelakakan rakyat dari membahagiakan rakyat apakah orang seperti ini perlu dijalinkan perpaduan. heran dan ajaib sungguh pemikiran sahibul samahah yang tak terjangka oleh manusia biasa. islam tak pernah mengajar umatnya bersengkokol dengan orang kafir tapi islam juga tak pernah menghulur tangan kepada pemerintahan yang zalim dan kejam walaupun berugama islam. islam tak pernah tunduk kepada kezaliman. sebab pemimpin umno melayu islam jadi perlu bersatu, biarlah kejam pun asal melayu. kasihannya pemikiran mufti kerajaan pasir berdengung ini. siang malam solat dan mengajar menjauhi kezaliman dan semangat perkauaman tapi tak mampu menangkis bila berada dialam realiti. jawatan mufti akan jadi barang dagangan tak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP