welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, July 23, 2010

pru dah makin hampir

persediaan menghadapi pru yg ke13 sepatutnya sudah bermula. walaupun tok jib merasakan dia hanya yang tahu dia lupa ada yang kat atas dah tahu bila tarikh pru yg ke13 yang akan datang. tok jib jangan dok ek sangat dengan kekuasaan yang dipinjamkan kepadanya. hari ini dewan muslimat pas kuala nerus telah mengadakan jamuan untuk mengutip derma untuk menghadapi pru yang akan datang. upacara jamuan seperti biasa. makan sambil menderma. kalau ada duit banyak tu bolehlah menderma lebih banyak lagi. jangan pulak makan banyak dari derma. makan seringgit dah le bagi le paling koman pun 2 ringgit. dah kira dewan muslimat untung satu ringgit. jangan makan banyak sangat masa sekarang. ekonomi dah runtuh dibuat oleh umno.

persiapan awal dewan muslimat pas kawasan dah bermula, kawasan pun dah bermula dan semuanya memerlukan duit. walaupun pas ini parti miskin walaupun dah dah 2 negeri jadi mb yb ybnya tetap miskin dan papa kedana, tak ada ke blogger yang berani tunjukkan ada yb yb yang kaya apabila mereka jadi yb. kalau kicker cakap aku tak percaya sebab lidah dia lidah penipu besar, duk yakin tok guru kena tangkap sampai sekarang macc tak hinggap pun. kes mb selangor dengan lembu pun dah tutup. dan betul le kata mb selangor dia kan lawan kes itu kerana dia tak takutkan lembu. kicker pun dah makin bodoh aku tengok sejak dibuang dari pmbk. sejak dah habis 4 juta kerana membayar perkhidmatan nya yang tak berguna langsung untuk negeri kelantan.

kerja kerja ekonomi dan cari duit untuk pru sepatutnya lebih efisien. bukan sekadar mengutip dana dari derma sambil makan. kerja kerja menambah tabung duit perlu dilakukan dengan pelbagai arah dan bukan menumpukan kepada derma semata mata. sikap ini perlu dibuang dengan segera. derma hanya satu bahagian dari cabang pengumpulan dana pru, kalau umno aku tak heran sangat kerana kroninya dah siap siap simpan nak bagi. sebab tu projek yang nilai kecik menjadi besar kerana ia dah dibahagikan kepada beberapa bahagian. jangan nak auta le kat aku kalau umno kata dia cari duit. yang nak jadi yb pun dah tahu dia tidur atas tilam yang berisi duit. segala hutang bakal yb dibayar oleh umno jika calon dari pegawai kerajaan.

pas perlu brainstorming dalam mencari dana pru yang akan datang. duit yang ada bukan untuk membeli pengundi. kalau nak beli pengundi sampai mati pun tak akan cukup punya. berapa yang nak pas bayar kalau diri sendiri pun miskin. yb yb pas pun pakai motor honda cawan. pengundi pengundi ada yang pakai honda merc. jadi kalau umno kata pas bayar pengundi masa mengundi umno ni dah gila gamaknya. penyokong dan tukang pergerak pas adalah orang miskin yang hidup sederhana dan yang paling ramai adalah miskin. mereka tetap lawan umno walaupun tak ada sangat senjata. hanya air liur pun masih mampu menumbangkan umno. pas terengganu perlu tumbangkan umno pada pru ke 13 jika mahu negeri terengganu selamat dan rakyatnya kembali bahagia dan sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP