welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, July 16, 2010

pm malaysia yang semakin karut

diatas konsep apa yang diambil sampai 5 barang dinaikkan sekaligus, oleh kerana umno yang memimpin kerajaan malaysia yang dikatakan kuat 2 3 hari lepas rupanya umno mangkuk nak menaikkan harga barang. ada udang dibalik mee rupanya ungkapan bahawa umno mempunyai kekuatan sendiri dari menyembah dan melutut kepada pas, akibat dari merasakan diri umno terlalu hebat sampaikan pm umno mengambil sikap memeras wang rakyat. umno dah tak pedulikan rasa hati rakyat miskin kerana mereka mempunyai kudrat dan iradat yang tak bergantung kepada undi rakyat malaysia lagi, kalau umno terlampau kuat dan tak perlu kepada undi rakyat malaysia jadi dimanakah pemimpin umno akan memperolehi undi dalam pru yang akan datang. pertanyaan yang menjengah minda kepada sesiapa yang mahu berfikir.



apakah umno mahu menggunakan pendatang tanpa izin yang dikurung di merata tempat sebelum dihantar kembali kenegara asal mereka. apakah mereka ini dikurung hanya untuk mengundi umno diwaktu pru yang akan datang. berapa ratus juta duit rakyat malaysia dihabiskan untuk memberi makan dan minum. betapa senangnya mereka walaupun hidup dalam kurungan tanpa mereka tetap dapat makan dan minum dan ada pengawal yang menjaganya. kemungkinan besar umno akan menggunakan pati ini untuk mengundi umno dah dapat mengekalkan kuasa mereka di malaysia. oleh sebab dah ada saham yang akan menjamin kemenangan mereka. dengan sesombang syaitan mereka menaikkan harga barang 5 sekaligus tanpa mempedulikan jiwa rakyat malaysia yang miskin papa kedana dalam melayani nafsu besar pemimpin umno.


dalam minggu ni rakyat akan bercerita tentang kenaikan harga barang dan dalam seminggu lagi habislah perkara ini, rakyat kembali tenang dan damai sesekali mengeluh dibalik kelambu koyak. rakyat malaysia belum mahu lagi berubah walaupun dihina disepak dan diinjak injak maruahnya. pemimpin umno boleh melakukan apa saja kepada rakyat malaysia kerana rakyat malaysia hanya pandai mengeluh dan besedih sekejap waktu sahaja. siapa yang hadir dalam tunjuk perasaan dan ditangkap polis akan disindir bukannya memberikan kata semangat. orang yang berdemo sanggup ditangkap, diterajang. disepak dan disirami oleh air beracun fru, rakyat malaysia memandang sinis kepada pejuang ini. dan inilah jadi kepada rakyat malaysia yang begitu pengecut dan bacul. hanya menunggu takdir

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP