welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, July 5, 2010

pas tiada pertandingan tahun depan?

Tok guru nik aziz berharap tiada pertandingan dalam muktamar akan datang. media massa umno dah cuba bermain dengan kenyataan tok guru ini. mengikut perlembagaan pas boleh diadakan pertandingan jika ada pencalonan dan calon itu menerima cukup pencalonan.mungkin kenyataan tok guru nik aziz meremukkan hati hati yang mahu diadakan egm. nampaknya blogger luncai akan kehilangan arah selepas ini selepas tok guru dah mengeluarkan kenyataan tidak mahu diadakan pertandingan. kemana lagi blogger luncai nak mencari hadith sohih untuk membolehkan mereka terus melancarkan serangan kepada pas. apakah jubah tok guru nik aziz dah tidak mampu lagi melindungi pemuka pemuka bloger luncai ini. kemana lagi nak berpaut untuk menghentam presiden dan timb.presiden pas?

niat jahat mereka dah dihidu oleh tok guru nik aziz. apakah blogger luncai akan mencari dan menggali kitab kitab hikam untuk menghalalkan perbuatan mereka lagi. blogger luncai akan terus mencari dan menggali dimana kelemahan pas untuk dihebahkan kepada rakyat malaysia. jika tiada pertandingan bermakna hasrat blogger luncai nak menghancurkan pas dari dalam tidak akan berlaku. tok guru nik aziz dah memadamkan api khianat mereka sebelum merebak lebih marak. apakah selepas ini tok guru nik aziz pula kena langgar oleh blogger luncai. blogger yang mahukan egm dan boleh berkira kira membuang banner yang sudah tak boleh pakai. dulu bolehlah menggunakan tok guru nik aziz sebagai alasan berhujah.

tok guru nik aziz tidak mahu perpecahan dan ini adalah ucapan sebagai ubat kepada penyakit hati yang bersarang dalam hati manusia yang tidak suka kepada perkembangan pas. lepas ini boleh cetak t shirt yang tertulis kami mahu pertandingan , nak tempah tshirt atau kain ikat kepala pun boleh. boleh buat bisnes apa. tak payahlah nak promosi ke atau nak mintak sedekah mesti laris dalam pasaran. kehangatan pemilihan pas dimuktamar akan datang dah menjadi nyaman dengan kenyataan tok guru nik aziz. jangan ada yang lancarkan agenda langgar tok guru nik aziz pula dan bertanya 4 soalan bangang kepada tok guru. pasreform perlu didaftar segera dan perlu diadakan pemilihan kalau perlu dan kalau cukup sokongan bertanding di dalam pru yang akan datang. cuma perlu 2 penyokong dalam kawasan bertanding dah cukup melayakkan parti pasreform bertanding. jangan hilang wang pertaruhan sudah kena kutip derma pulak kan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP