muktamar pas tanpa pertandingan
2011 dan keatas mungkin akan berlaku pru yg ke 13, usaha usaha umno menambah baik kepada imej parti nampaknya semakin giat dijalankan. umno cuba meraih kembali sokongan daripada rakyat semenjak 50 tahun dahulu. akibat kekurangan kantung wang maka dicuba dengan cara yang bertentangan dengan kebiasaan umno. biasanya umno dapat menawan dan menakluk hati hati pengundi muda, tua ,separuh muda dan separuh tua dengan hanya perlu memberi kertas yang bernilai. sokongan rakyat semenjak 5o tahun dahulu telah ditanam dalam kepala setiap kali pru, kertas kertas berharga akan di hulurkan. begitu murah rezeki waktu pru berlangsung. pelbagai hadiah, sumbangan, cenderamata ibarat santa claus yang membahagi bagikan hadiah diwaktu krismas menjelang tiba. begitulah umno menawan hati hati yang mudah lupa.
tok guru nik aziz mungkin dah menghidu bahawa tahun mendatang tahun yang memerlukan pengorbanan dari ahli ahli parti untuk bertungkus lumus berlawan dengan umno. kudrat dan iradat hanya ditumpukan untuk menewaskan umno dengan langkah bergaya menawan putrajaya. jika ada pertandingan dalam pas bermakna banyak masa dan tenaga akan dihabiskan untuk pertandingan itu. walaupun dalam pas, bertanding adalah satu amanah yang maha berat tapi demi mematuhi perlembagaan parti yang membenarkan pertandingan jika ada pecalonan yang mencukupi. tok guru nik aziz mahu pas berada dalam keadaan aman dan sentosa semasa melawan gergasi yang semakin tempang kakinya kerana banyak terkena sakit yang tenat. sudah berkudis disana sini, kudrat dan mata dah makin layu dan rabun makin inilah waktu terbaik pas menewaskan umno untuk menjadi malaysia lebih aman, sejahtera dan memberi harapan baru kepada rakyat yang sudah lama tertindas dibawah regim umno.
pas tak pernah sunyi dari cemuhan, fitnah dan tohmahan buruk, media massa umno dah bersedia untuk mengoreng pas jika ada pertandingan dalam muktamar akan datang. oleh itu jika tiada pertandingan di muktamar ditahun depan akan menyenangkan kerja kerja parti akan berlangsung demi kesejahteraan rakyat. jawatan dalam parti adalah bebanan dan tanggungjawab kepada allah. kerja kerja amanah bukanlah satu kerja main main, hanya orang yang tak mengerti sahaja yang suka kepada jawatan. amanah bukan hanya untuk didunia tapi akan dibawa ke akhirat. jika tersalah atau pincang bermakna kita akan berhadapan dengan neraka allah. siapa yang menjadi ahli pas dan mendapat tarbiyah sebenarnya akan menolak jika ada yang masih mampu untuk diketengahkan. amanah bukan perkara hanya untuk 4 pertanyaan. itu lebih dari segalanya. apakah kita mampu memikul amanah atau hanya seronok membalun, menghantam, mengfitnah pemimpin dalam blog tanpa memikirkan apa implikasinya jika kita tersesat menjadi penjaja fitnah.
0 comments:
Post a Comment