mana hilangnya duit ehsan
umno dah makin hilang tumpuan kerana jentera utama dah kehilangan tenaga. walaupun umno mengatakan pru ke13 masih jauh tapi gerakan ke arah pru nampaknya belum bermula sebagaimana biasa. kantung qorun semakin mengecil, kontraktor tidak dapat bayaran walaupun sudah menyiapkan kerja. jika tiada bayaran macamana nak bagi sumbangan kepada umno, mat kerak penyimpan mohor bagi deris jusoh juga makin kering dah hampir habis kerak. kalau kerak dah habis maknanya umno akan kehilangan negeri terengganu. duit ehsan yang menjadi penyambung nyawa umno di terengganu nampaknya ditapis dengan ketat tahun ini. kebiasaanya setiap keluarga mendapat hampir 2 ribu bila menjelang hari raya dan puasa. tapi tahun ini nampaknya buget keluarga terengganu akan berkurangan lagi dari tahun tahun yang lalu.
masa pas memerintah tahun 1999 hingga 2004, duit ehsan begitu banyak memenuhi kantung rakyat terengganu. waktu itu setiap keluarga rakyat terengganu memperolehi tidak kurang dari 5 ribu setiap keluarga. pelbagai bentuk bantuan dan dana diwujudkan. dana bakti, dana kemiskinan, dana bantuan rakyat miskin, dana keluarga miskin, dana belia menganggur dan pelbagai jenis bentuk dana yang diwujudkan hanyalah untuk memberikan wang tunai dengan cara mudah. waktu itu rakyat terengganu sememangnya mendapat rahmat dengan adanya duit minyak yang biasanya jarang masuk kedalam poket rakyat terengganu. selama 4 tahun rakyat terengganu memperolehi dengan banyaknya. dan waktu ini umno menjalankan jarum bahawa mereka akan memberikan lebih banyak lagi jika dapat memerintah terengganu kerana senang mereka nak mengagihkan jika mereka berkuasa.
rakayt terengganu terpengaruh dengan dakyah dakyah umno ketika itu. akhirnya kerajaan pas tumbang pada 2004 dan wang ehsan dan menjadi satu dari harta ghanimah kepada umno. deris jusoh dengan bongkaknya dan sombong membina bermacam macam benda yang tak pernah dilihat dan tak pernah terfikir di akal sewaktu pas memerintah. terbinalah masjid kristal yang tidak sah dibuat solat jumaat, taman tamadun islam hanya kekurangan kaabah sahaja yang tidak terbina oleh deris jusoh. piala monsun cup yang diagungkan menjadi tarikan utama setiap kali musim monsoon berlaku. piala moonsoon berlaku seumpama bermain kapal layar dalam besen dirumah tapi oleh kerana hadiahnya yang lumayan menarik jua pemain pemain yang tidak cemerlang di peringkat antarabangsa. membina taman ilmu yang mana akan memuatkan ilmu dunia yang mana umno akan membuat satu taman ilmu korupsi yang mana sampai sekarang belum siap kerana ketua korupsi telah jatuh terlentang akibat kegiatan durjananya.
duit ehsan makin jauh dari mata dan gengaman rakyat terengganu. terengganu mulai miskin kembali kerana banyak projek mega dibawah deris terpaksa dibayar oleh mat said. walaupun kedua mb ini bangang tapi mat said terlebih bangang keran terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan oleh deris jusoh yang sedang bersenang lenang di mara. rakyat terengganu tidak lagi memperolehi duit ehsan menjelang ramadhan dan syawal ini kerana duit ehsan dah kering disedut oleh 2 mb ini. deris akan dikenang sebagai mb terengganu yang paling boros dalam sejarah pemerintahan umno diterengganu dan mat said akan dikenang sebagai mb yang tiada sokongan kerana terpaksa bergantung talian hayat dengan parti pembangkang. mat said akan meneruskan kerja bangangnya dengan mengedarkan ebook yang tidak pernah diguna oleh budak budak sekolah. ia hanya untuk menghalalkan cara mengebas duit ehsan sepertimana deris dengan projek 3dnya.
0 comments:
Post a Comment