welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

negara islam tetap dilaksanakan

tok guru nik aziz berkata pas akan meneruskan agenda pas seperti makna yang diperjuangkan selama ini. pas akan tetap melaksanakan pemerintahan negara islam. jika karpal singh hanya menyatakan bantahan secara peribadi bukannya atas parti dap. ketegasan tok guru nik aziz memang adalah selaras dengan ketetapan dan perjuangan pas sejak penubuhannya. pas tidak berjuang untuk satu kaum, satu bangsa, pas perjuangkan dasar islam. pas akan meneruskan perjuangan ini. pas tak pernah mengatakan pas akan meninggalkan perjuangan asalnya walaupun bersama sama pakatan rakyat.

jika ada pihak yang mengatakan akan menentang pembentukkan negara islam, pas mahu adakan wacana minda dan perbahasan, pihak yang menentang hendaklah membawa hujah yang mengatakan islam tidak adil. islam amat adil dalam semua hal, semua segi, semua kehendak masyarakat. inilah perjuangan ahli ahli pas, bukannya ahli pas yang tidak membayar yuran, bukan penentang pas yang berniaga t shirt pun hampeh. bukannya ulamak kepala lutut yang duk sibuk siang malam mempelekehkan ustaz dan ulamak pas. pas akan meneruskan perjuangan para nabi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP