welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, June 30, 2010

mb terengganu malu

mat said mengeluarkan kenyataan betapa malunya dia setiap kali melalui kawasan stadium utama yang runtuh masih belum dibersihkan oleh kontraktor. mat said dengan seperti biasa akan membuat ulasan bodohnya. mat said menyalahkan jkr kerana lambat memilih kontraktor untuk membersihkan kesan runtuhan stadium. mat said seperti exconya juga selalu memberi kenyataan bodoh kepada media. betapa senangnya mat said buat kerja, cari kontraktor yang boleh kerja dengan harga yang paling rendah. tak perlu fikir kan apa jua faktor yang mempengaruhi harga kos pembersihan bumbung yang runtuh.

mat said ingat bumbung stadium dibuat dari tali ropia ke, pakai tarik macam tu aje. berapa puluh tan beratnya besi bumbung idea deris jusoh yang mahu mencipta rekod bumbung tanpa penyokong terpanjang diasia. atau kenyataan itu hanyalah hint kepada jkr supaya memilih kroni mat said. dengan harga rendah kontraktor kroni mat said akan dapat merebut tender tersebut dan akan disubkan kepada kontraktor lain yang sanggup lagi buat kerja murah. bila projek membersih tak habis, jkr kena keluar tender baru kerana kontraktor kroni mat said cabut lari tak bayar sub. mungkin itulah sebabnya mat said mahu jkr cepatkan pemilihan kontraktor untuk membersih runtuhan stadium utama.

yang aku bimbang satu je, sambil bersih bumbung, struktut utama stadium pun tak boleh pakai, kena bersih semua sekaligus. banyak lagi le duit rakyat terengganu hangus ditangan kroni. selepas ini stadium tertutup pulak yang akan makan duit rakyat, kalau hujan dah banyak dah bocor nanti kena lantik kontraktor baru untuk bersih bumbung lain pula. sampai muflis kerajaan malaysia kerana sikap kroni jahanam yang membina hanya mementingkan keuntungan bukannya untuk kemudahan rakyat. kalau runtuh itulah rahmat kata exco yang akan berpindah portfolio. oleh sebab exco ini tak juga menjalankan kerja kerjanya mat said terpaksa melakukan rombakan exco supaya exco ini tidak lagi memalukan mat said kerana nampak sangat exco ini sabotaj mat said. maklumlah exco baru nanti pun masih orang orang deris jusoh.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP