welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, July 25, 2010

kuatnya garuan garuan blogger

hassan ali tak mengaku jumpa harusani dikatakan tak berani mengaku, bila dah mengaku lain pulak ceritanya. semua benda hassan ali buat mesti tak kena dimata para blogger yang amat islam lebih dari islam seluruh dunia. hati hassan ali yang dikatakan condong kepada umno dapat dibaca dengan terang oleh blogger. tulangbesi dengan fitnah rakaman, mata dah kelabu tak kenal khairudin ke orang lain. gila ke apa puak puak blogger ini. seorang kata khairudin sorang kata bukan. ke bukan gambar yang sama mereka tengok. atau mereka semua ni tengok video peterporn. oleh kerana rakaman kurang jelas jadi ada yang meneka satu khairudin satu lagi bukan khairudin. jangan jadi kes mat sabu ditangkap khalwat sudah le, penangkap khalwat kata dia naik tangga seorang kata mereka naik lift. hakim pun marah " mu ni kenol ke dok tanggo dengan lift" akhirnya kes mat sabu dibuang kerana saksi itu berbohong.

oleh itu para blogger yang hebat perlu bersatu dalam hal ini, walaupun nampak nak sangat menjahanamkan hassan ali tapi perlu le buktikan dan bukti yang kukuh. atau nak kutip derma pulak nak bawak peguam saman hassan ali kerana berjumpa harusani. aku tak marah siapa yang nak membetulkan pas tanpa ada niat lain, kalau tulangbesi sejarahnya dah terbongkar kerana ada agenda memohon kerja sebagai ceo, jadi sejarah jahatnya tak perlulah kuat sangat kerja menjahanamkan pas. sebab pas kuat tak mudah tumbang kerana kerja jahanam tulangbesi dari lombok. kalau ooolamak pun ada kisah silam jahatnya, dah terpecat dari majlis ulamak pas jadinya kerja kerja mesti berkaitan dengan dendam. penarikbeca tak apa sebab dia hanya penyokong fasa fasa tertentu dalam pas. yelah pas bukan kitab quran nak pakai semua. kalau adukatarakguna itupun tak heran sangat sebab dia memang jenis bangang dari dulu. kerja kerja buat tshirt pun tak siap siap sampai sekarang. semua mereka ini ada agenda lain kalau menulis tentang pas.

kalau berani keluarkan bukti bukti sebagaimana tulangbesi memotong dan meminda rakaman dulu. sampai sekarang kes tulangbesi senyap sepi dan duit derma orang dah lenyap jadi habuk. berita mengenai tabung melawan pas dah jadi harta peribadi. mungkin banyak yang dah didermakan sampai tak dikeluarkan kenyataan sebanyak mana derma yang sudah terkumpul. derma kepada tabung adukatarakguna pun didiamkan saja. sebanyak mana dah digunakan atau sebanyak mana dah dileburkan. member yang tolong kutip derma senyap je sekarang. kalau betul ikhlas dalam perjuangan derma yang diberikan perlu diwar warkan sebagaimana yang ditulis dalam blog. berani, terus terang dan ikhlas. sampai hari ini aduk tak mengumumkan sebanyak mana derma yang diperolehi atau dah dijadikan ghanimah kepada member member. tak akan senyap je pasal derma pada diri sendiri.

dendam mereka ini pada hassan ali tak berakhir sehinggalah hassan ali letak jawatan dan kembali menjadi ahli biasa pas. lepas ini siapa pula sasaran mereka. semua pemimpin pas perlu berhati hati dengan member kumpulan ini. khalid samad tak perlu rasanya sebab khalid samad leader mereka ini semua. usrah barbican dah kembali merajai blog. boss mereka dah buat kenyataan dalam media semalam. hari ini khalid samad akan bertanya dan kalau dia tak puashati dia akan membawa kes ini ke jawatankuasa disiplin parti. dan sudah tentu khalid mempunyai bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hassan ali. kalau hassan ali dah jatuh khalid samad yang akan menjadi mb pas yang baru di selangor. jangan lupa khalid orang yang pertama berjumpa dengan umno. dan tak mustahil khalid ditawarkan jawatan tertentu dalam perbentukan kerajaan. boleh ke aku tulis macam tu?task force 13 dah kembali selepas habis honeymoon

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP