welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, July 25, 2010

kasihan hassan ali

walaupun hassan ali dah mengaku tentang kewujudan perjumpaan dengan harusani tapi ada lagi soalan soalan dari laman web ombak fitnah tulangbesi. tulangbesi pada mula menyiku harusani tapi masih lagi mempertikaikan jawapan jawapan dan terus menerus memberikan soalan soalan baru. nampaknya kerja kerja jahat tulangbesi akan berterusan sehingga tamat hassan ali menjadi exco. hassan ali bukan saja kena berlawan dengan umno dan sekutu sekutunya hassan ali terpaksa berhadapan dengan member, teman dan juga pemimpin pas yang bermulut loud speaker. hassan ali terpaksa bekerja keras dan menambahkan lagi kapasiti kuasa kuda untuk menjawab dan menghapuskan tohmahan jahat dari blog blog dan juga dari pemimpin setempat.

umno selangor sepatutnya dah boleh bergoyang kaki kerana dah ada yang mengambil alih tugas tugas untuk menyerang pemimpin umno. umno selangor walaupun goyang kerana ada satu lagi team baru yang mengambil tempat untuk menyerang pakatan rakyat diselangor. jika isu pasir dimainkan terus bermakna pasir akan menenggelamkan isu isu rakyat. pasir bisa merubah keadaan lanskap politik jika tidak ditangani dengan bijaknya. walaupun isu pasir dah semakin hari semakin menjauh tetapi ia akan digunak secara berterusan dan tak mustahil istana akan diheret sama masuk ke dalam isu pasir. pasir tak menenggelam pakatan rakyat tapi mampu membunuh pemimpin pakatan rakyat dengan mudah.

khalid samad dah menjadi senjata baru umno untuk memusnahkan hassan ali dan juga pemimpin pas yang lain di selangor. pas selangor akan terus bergolak dengan isu ini. para pemblog yang hebat akan terus menyoal hassan ali bagaikan hassan ali baru menerima rasuah sebanyak 1 billion. asakan soalan bagi memutihkan imej pas yang dipandang serong akibat perjumpaan hassan ali. aziz baring pun dah mula membuat korner baring didepan hassan ali ditengok oleh khalid samad. nada yang sama dah dilagukan. hassan ali perlu dipecat dari pas kerana berjumpa dengan harusani. selepas hassan ali, ketua pemuda pas akan dipecat juga kerana menulis di blog menyokong perjumpaan pas dan umno. siapa pula yang akan diserang selepas kedua dua pemimpin pas ini terpecat akibat mainan politik celaka dan jahanam mereka mereka ini. aku boleh bercakap sebab aku tak jumpa pemimpin umno dan imej aku amat bersih dimata blogger. blogger menyanjungi aku dan jangan lupa khalid blogger seperti ini akan menjatuhkan hang satu hari nanti jika hang tak bersama mereka lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP