welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, July 9, 2010

kerja kerja penerangan dan perang saraf

pas perlu bergerak mulai sekarang jika mahu menawan putrajaya dari tangan umno and the gang. kerja kerja pendaftaran pengundi hendaklah dimulakan dan culaan terakhir perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. permerhatian kepada gerak kerja isu dan juga permainan umno dalam menggangu gugat kepercayaan rakyat kepada pas untuk mengambil alih pentadbiran. pas terengganu perlu bekerja lebih keras untuk menawan kembali pemerintahan umno di negeri darul iman. gerak kerja berpusat dan tidak berterusan menyukarkan pas untuk menang. tahun pru mungkin terengganu akan menerima 1 parlimen dan 3 dun baru. pembahagian atau belah bahagi kawasan oleh spr dah berakhir dan telah membuat cadangan dan akan dibawa ke parlimen untuk kelulusan.

kerja kerja penerangan tidak sepatutnya bertumpu kepada anggota ahli dan juga penyokong, pengerak pas sepatutnya mulai memberi tekanan kepada petugas umno yang kehabisan tenaga kerana kekurangan vitaman W. tanpa vitamin ini umno bagaikan pesakit gout yang akan menderita kesakitan apabila bergerak terlampau cergas. kertas penerangan sepatutnya di tujukan khusus untuk sesuatu kawasan bukannya pakai rounder sahaja. kawasan besut tidak sama isunya dengan kawasan kemaman. target penerangan dan perang saraf perlu dikenalpasti bukannya memakai satu poster yang tidak akan mencapai matlamat kerana manusia dilain daerah akan mengalami isu yang berlainan. isu negeri boleh digunakan apabila berlakunya pru bukan waktu sekarang. umno akan menjawab dengan mudah isu isu negeri melalui unit penerangan kerajaan negeri.

tumpuan kepada kawasan kecil, atau lokaliti lebih membuatkan pas mempunyai sedikit kelebihan untuk memberikan impak yang baik. isu isu setempat adalah penting dikenal pasti. pas yang mempunyai ahli yang sentiasa dekat dengan penduduk perlu digunapakai sebijak mungkin. walaupun pas mempunyai ahli yang boleh memandikan dan menyembahyangkan mayat tetapi tektik ini dah boleh dihapuskan oleh umno dengan membayar khidmat urusan jenazah swasta. pas perlu segera menetapkan bakal bakal yb bukannya menunggu masa penamaan calon baru nak calon yb nak masuk kampung. masa amat terhad jika waktu itu calon yb diperkenalkan. pas perlu segera mengarahkan bakal bakal yb masuk kampung dan membuat kerja kerja kebajikan dan mendekati pengundi dengan lebih baik. kenal pengundi adalah membuat pengundi ingat dan sayang. tanpa wang pun rakyat masih lagi kenal yb.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP