subsidi oh subsidi
sewaktu dulu kerajaan umno tak pernah memberitahu rakyat malaysia bahawa semua barang keperluan rakyat telah diberikan subsidi. dulu hanya subsidi beruk saja yang diberikan subsidi oleh kerajaan kepada rakyat. waktu aku bersekolah dulu, kalimah subsidi beruk amat popular, tapi setelah lama meninggalkan alam persekolahan dan juga meninggalkan alam remaja, barulah kerajaan umno memberitahu rakyat malaysia bahawa semua barang yang dipakai, diminum, digunakan adalah diberi subsidi oleh kerajaan umno. umno dengan megahnya memberitahu rakyatnya bahawa semua yang dinikmati oleh rakyat malaysia adalah bersubsidi.
setelah kantung negara malaysia dah kering disedut oleh pemimpin umno, mereka mulai memperkatakan subsidi kepada rakyat. apakah kerajaan umno yang dipilih oleh rakyat malaysia ini tidak mampu lagi memerintah dalam keadaan ekonomi yang tenat ini, nampaknya menteri menteri kabinet umno telah menyalahkan rakyat kerana rakyat malaysia masih mahukan subsidi. apakah pemimpin yang dipilih tidak boleh bekerja lagi atau dah hampir lumpuh idea mereka. kalau pemimpin umno tak mampu lagi nak memimpin negara, maka serahkan pucuk pimpinan kepada mereka yang sanggup bersusah payah untuk rakyat jelata. ini tidak rakyat jelata susah merempat tetapi pemimpin umno terus senang lenang, hidup ditanggung oleh rakyat, tol tak payah bayar, minyak kereta untuk pergi kerja atau bersenang lenang dengan keluarga ditanggung oleh rakyat.
betapa celakanya pemimpin seperti ini, menteri seperti mail sabri boleh berhenti menjadi menteri setelah gagal berfungsi dengan baik. menteri yang menjaga barang keperluan rakyat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan bangang yang menyalahkan rakyat malaysia. rakyat telah melantik mail sabri untuk dijadikan menteri tapi mail sabri yang hidup ditanggung oleh rakyat, bermewah dengan duit rakyat boleh menyalahkan rakyat, kalau tak mahu hidup susah berhenti jadi wakil rakyat, lebih baik jadi wakil lembu ke atau kaldai. wakil rakyat adalah dilantik bukan saja saja bagi mail sabri duduk saja dan menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. tiada dalam satu dunia pemimpin yang dilantik oleh rakyat menyalahkan rakyat kerana menyusahkan dirinya. mail sabri boleh berhenti dari menteri pengguna mulai sekarang, duduk aje dirumah jangan menyusahkan rakyat jelata dengan perangai bodoh sombong. walaupun rambut berkaler kaler otak mail sabri tetap bangang, lebih bangang dari adukatarakguna.
apakah benar subsidi masih wujud dimalaysia, atau hanya mainan bibir pemimpin umno untuk menaikkan harga minyak, sebenarnya tiada lagi subsidi untuk rakyat malaysia, slogan subsidi hanya untuk menghalalkan cara untuk menaikkan harga barang keperluan dan memenuhkan kantung negara yang kering akibat pembelanjaan boros pemimpin bangang umno. umno dah boleh menyerahkan pucuk pimpinan jika tak mampu lagi menjadi pemimpin. pemimpin yang baik adalah menbahagiakan dan memberikan keselesaan kepada rakyat bukannya kepada diri sendiri dan kroni. moga mereka semua ini mendapat laknat allah kerana kejahatan mereka dalam memimpin negara ini.
0 comments:
Post a Comment