welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, May 28, 2010

malaysia akan bangkrap 9 tahun lagi

rupanya umno dan barisan nasional tidak pandai memerintah malaysia, betapa celakanya pemimpin umno dan barisan nasional yang memimpin negara malaysia yang amat kaya dengan kekayaaan perut bumi. kenyataan deris jala telah membuktikan bahawa malaysia akan bangkrap seperti greece. apakah benar kenyataan deris jala atau hanya untuk menghalalkan kenaikan minyak dan juga beberapa keperluan lain. kerajaan malaysia sepatutnya tidak mengurangkan subsidi kerana banyak benda lagi yang boleh dikurangkan selain daripada terus menekan rakyat malaysia. bagaimanakah bentuk ekonomi yang dipelajari oleh deris jala. orang yang dikatakan cerdik dah nampak semakin bangang.

mengambil kira dan membandingkan malaysia dengan somalia amat bodoh dan bangang bagi tahu erti ekonomi. negara somalia tidak mempunyai hasil perut bumi, hutan dan beberapa aktiviti ekonomi lagi. negara yang amat miskin dan daif diambil kira. kenapa tak bandingkan dengan singapore yang tiada langsung hasil perut bumi, ekonomi mereka amat hebat dan memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat walaupun hidup rakyat macam dalam penjara kerana semua dikawal. sekurangnya ekonomi negara singapura tidak jatuh terjelepuk seperti malaysia yang dikatakan amat kaya dengan hasil perut bumi.

hentikan sokongan kepada umno dan barisan nasional. jangan lagi bagi undi kepada umno dan barisan nasional. mereka akan membangkrapkan negara dan menghapuskan subsidi semua benda, mereka menghapuskan subsidi hanya untuk tembolok mereka sahaja bukan untuk kesenangan rakyat malaysia. malaysia akan lebih cepat bangkrap jika rakyat malaysia masih terus memberikan undi kepada umno dan barisan nasional. humbankan mereka menjadi rakyat biasa, biar mereka tahu betapa perit jerihnya menjadi rakyat marhaen. kalau mereka masih memimpin mereka tak akan nampak kesusahan rakyat, kerana perbelanjaan mereka ditanggung oleh kerajaan malaysia. biarkan mereka membeli minyak dengan duit poket mereka. hentikan sokongan anda kepada kerajaan umno dan barisan nasional

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP