welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, June 24, 2010

kerajaan malaysia kerajaan pelik

kerajaan malaysia adalah kerajaan paling boros bebelanja didunia, negara kecik yang dianugerahkan pelbagai jenis hasil masyhur dari perut bumi tapi masih lagi miskin. kerajaan malaysia mempunyai kapasiti menteri yang paling ramai berbanding dengan negara lain. kerajaan malaysia mengutip cukai yang paling banyak sekali di dalam dunia. kerajaan malaysia juga adalah kerajaan yang paling mementingkan diri sendiri dari membela rakyatnya sendiri.apakah jenis kerajaan yang tak ada jalan selamat untuk rakyatnya berasa aman dan selesa.yang terakhir kerajaan malaysia memanggil rakyatnya sendiri pengganas.

dimanakah lagi wujudnya kerajaan seperti kerajaan malaysia. selepas era cik det yang banyak menghabiskan harta rakyat membina litar sepang, membina jambatan bengkok yang tak siap dan terpaksa membayar kepada kontraktor. kerajaan yang paling banyak mengenakan tol kepada rakyatnya, setiap tahun syarikat konsesi untung tapi masih meneruskan kenaikan atas alasan menampung kerugian walaupun setiap tahun pemegang konsesi mengistiharkan untung. barangan keperluan rakyat dinaikkan walaupun dikatakan barangan kawalan. harga minyak diesel dan petrol lebih kurang sama saja.

selepas era cik det naik pula mantan paklah the sleepy. membuat koridor disana sini. bagi kawasan minyak free kepada negara lain. menantu boleh jadi kaya dengan sekelip mata, anak beranak jadi millionaire. peliknya kerajaan malaysia. orang yang suka tidur pun boleh jadi pemimpin. naik pula tok jib memimpin. diangkat menjadi pemimpin diwaktu kantung negara dah hampir kering. walaupun kering masih lagi berbelanja mewah. semua dipotong kerana kekurangan wang tapi masih membina projek pelik pelik. bina istana negara yang memakan belanja hampir 1 billion. nak bina lagi parlimen yang baru, semua memakan kos ratusan juta. membayar penasihat pembina imej berpuluh puluh juta. beli kapal selam tapi tak boleh menyelam dan kosnya bernilai 6.7 billion. semuanya pelik bila umno memerintah tak ada satu pun yang tak pelik

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP