welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, May 7, 2010

tersepak dan tersembam dipintu macc

kik nampaknya belum tahu lagi kehebatan husam musa, oleh sebab itu cara dia menarik husam musa ke tengah kancah peperangan antara kik dengan tok guru nik aziz adalah satu strategi silap, seorang yang dikatakan pakar dalam perang saraf akhirnya menderita sakit saraf tunjang yang boleh membawa keupayaan berfikir dan menulis menjadi kurang berbisa. kalau pakar perang saraf sendiri menderita sakit saraf bermakna kik perlu mengubat dirinya sendiri sebelum dia menjadi pakar saraf atau bertukar sahaja menjadi pakar sakit puan boleh juga mengubati deramanbesi yang tengah meroyan dilombok waktu ini.

apa yang dikatakan oleh kik bahawa husam musa tahu dimana mendapatkan dana untuk membantu kegiatan perang saraf. rupanya husam bekerja siang malam untuk mendapatkan dana untuk menjalankan kerja menyelamat kerajaan pas kelantan dan mengerakkan kerja kerja kearah menawan putrajaya. disini husam tersilap sedikit kerana menyangkakan kik ini adalah pakar tetapi rupanya pekerja longkang yang hanya tahu mengutip bahan bahan dari longkang untuk dinaikkan ke wordpress untuk bacaan. oleh kerana mengutip bahan bahan buangan dari pas yang dialirkan melalui longkang maka berita yang ditulis adalah sampah.

husam telah melancarkan tabung rm20 juta untuk projek menawan putrajaya. apa yang husam katakan bahawa orang pas mempunyai ramai penyokong dermawan yang boleh memberikan apa saja sumbangan untuk melihat islam terus gemilang. sumbangan yang diterima dalam pelbagai bentuk adalah untuk melihat pas terus berkembang dan berjaya menawan putrajaya. kalau ikut kepala hotak orang pas, semua boleh dijalankan hasil sumbangan dan derma dari pelbagai pihak, pas membina pusat tarbiyah atau apa saja adalah hasil sumbangan orang ramai yang cintakan kepada perkembangan pas kerana islam akan berkembang dengan baik jika dibawah pas. pusat tarbiyah atau pusat pengajian islam dibina hanya menggunakan duit duit derma dan sumbangan dan boleh menjangkau berjuta juta dalam masa setahun. dan boleh disiapkan tanpa apa apa bentuk sumbangan dari kerajaan.

kalau orang yang baru kenal pas atau yang baru masuk pas, atau yang tak mahu kenal pas boleh berlagak bijak, mereka tak akan memahami apa itu pas sebenarnya, kalau baru 6 bulan masuk pas dah berlagak kurang ajaq. dan yang baru kenal microfon dengan nakhaie merasakan dia lebih bijak dari orang lama maka dia perlu keluar dari pas dengan segera dan membentuk parti baru yang diasaskan oleh orang yang akan masuk sungai buluh tak lama lagi. bentuklah acuan parti tersendiri bukan susah pun, tiru cara pas sket tiru cara umno sket, boleh bentuk parti baru. pakai le nama apa apa pun, pakai nama parti tupperware ke sebab pemimpin dia suka tadah tupperware untuk melantik peguam utk diri sendiri kerana terpaksa upah peguam. kes sendiri kutip derma gak ke? tak pun jadi kontraktor sementara kepada umno, tak cukup jugak untuk dana parti boleh meniaga cendawan ke contoh je ni, niaga t shirt tulis le apa apa kat situ. tak pun nama baru parti tu. PARTI IQ RENDAH.

beginilah orang orang pas berfikir, bukan saja genetik melayu yang akan menolong genetik lain pun akan datang membantu. jika apa dibuat salah macc sedia datang menerkam, jika tidak yang melaporkan akan tersembam kedalam kerana ia akan disiasat mengikut akta fitnah dan pembohongan. siapa yang ajar kik berbohong sampaikan semua susah. oleh kerana kik berbohong maka layaklah macc mendakwa dia dengan seberapa segera. mungkin kik tersalah mintak petua dari tulangbesi yang tak tahu menahu cara perang saraf. kik tak tahu yang tulangbesi adalah penderita sakit saraf yang teruk, saraf hati paling teruk sekali kerana banyak dendam yang tersimpan disitu. saraf tunjang tak boleh menerima maklumat kebenaran dan boleh menerima khabar angin yang dipercayai amat benar. dan banyak lagi saraf saraf tulangbesi sakit.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP