welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, May 4, 2010

pertahankan kepimpinan PAS dari fitnah

walaupun siapa saja kepimpinan yang menjadi sasaran kick, yang pasti kita kena mempertahankan mereka dari menjadi mangsa fitnah yang tanpa sempadan dan tanpa mengenal penat dan jemu. sasaran fitnah akan beralih arah dari semasa ke semasa bagaikan tiupan angin, jika kuat datangnya angin fitnah akan merebak dengan cepat dan ditiupkan lagi oleh hembusan para nafas blogger yang mahu pemimpin pas kalah dan jatuh dari tempat yang berada sekarang.

tujuan fitnah adalah untuk menjatuhkan kepimpinan pas, ia juga dipanggil perang saraf gaya umno dan barisan nasional. SPRM tak payah menyiasat perkara perkara yang bodoh ini, nanti akan berlaku seperti terjadinya kes norzula yang hanya membuat laporan berdasarkan cerita tulisan MSO. begitu juga kick hanya memberikan nama nama pemimpin pas yang menyumbang dana kepada GMC. GMC dah bangkrup hasil kebangangan kick dalam sektor korporat, kick hanya layak menulis dalam wordpress yang percuma dan bila berlaku dalam keadaan suasana yang berbayar kick tak dapat mengawal kegejolahan beliau dalam memimpin.

kita sebagai penyokong pro ulamak dan bersatu dibelakang kepimpinan kita wajid mempertahankan serangan yang mana akan meruntuhkan pas secara senyap dan lenyap dari arus perdana. kita pertahankan apa yang ada dan yang tinggal, walaupun apa pun tekaan yang bermain di benak fikiran kita, buangkanlah jauh jauh, kita kena menghadapi dulu blogger yang licik ini yang mahu menanam kepada minda rakyat yang pemimpin pas adalah korup. perang saraf yang dimainkan oleh kick nampaknya dibantu oleh lidah umno iaitu utusan malaysia. siapa yang mendapat frontpage utusan kecuali orang yang sudah diiktiraf menjadi saudara kepada umno dan barisan nasional.

nama kelima lima pemimpin pas yang dikatakan membiayai perang saraf untuk melawan umno telah diberikan kepada MACC tapi kenapa kick tak berani menyebut nama dengan terang dan fasih, masih menyembunyikan fakta yang mana kick masih boleh berdolak dalik dengan fakta, inilah bijaknya kick, berapa ramai exco yang ada dikelantan, dah berapa orang ketua pemuda pas yang ada. persoalan ini dibiarkan bermain diminda pembaca blog mereka. dan blogger yang satu selimut dengan mereka akan bersama sama mencari nama dan popular. tuduhan dilemparkan disebelah sini dan yang akan menyambungnya dari sebelah sini. bijak bermain dipadang mereka sendiri. kes ini akan berlarutan berbulan bulan sebelum mengendur dan tiada hasil yang akan didapati, tapi adalah sedikit damage kepada pas, sekurangnya damage ini boleh dapat gaji 15 ribu sebulan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP