welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, May 3, 2010

ada nama yang tertinggal

kickers hari ini menamakan mereka yang menyumbang wang kepada Global Media Channel (GMC) ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan. kesemua lima nama individu yang disebut ini telah disenaraikan oleh kicker kepada SPRM, nampaknya hajat kicker nak menamakan tok guru nik aziz juga terlibat dalam GMC tidak kesampaian, kenapa kicker tak meletakkan nama tok guru nik aziz dalam senarai yang diserahkan oleh kicker kepada sprm? apakah yang menghalang kicker menamakan tok guru nik aziz dalam senarai pendeknya.

lain yang kicker tembak tapi lain pula yang kena peluru, apakah kicker tak sempat untuk merekacipta bukti kepada tok guru nik aziz. kicker hanya sempat menulis senarai pendek agar ada yang tumbang kalau tersalah perkiraan, menembak dalam kesamaran adalah amat senang kerana jika ada yang tumbang pasti dah boleh berkokok lagi, jika tak tumbang boleh menembak lagi, alah kerja senang je, pakai wordpress yang percuma boleh menembak apa saja yang diinginkan. 4 juta dibelanjakan dalam masa 3 tahun untuk menimbulkan persepsi buruk kepada mantan pm paklah. imej paklah sendiri dah buruk pun masih perlu lagi 4 juta untuk menjatuhkannya. siapa le orang umno yang bangang sangat tu, tak sabar sabar nak bagi paklah tertungging dari kerusi pm.

husam mungkin tahu siapa yang membiayai perang saraf itu, bodohlah husam sebagai pemimpin parti pas tidak mahu menggunakan dana yang diberikan oleh musuh untuk menjatuhkan pemimpin musuh. kalau husam tidak cerdik dia tak akan menggunakan dana tersebut, oleh kerana husam cerdik dia menggunakan dana tersebut dan kicker dijadikan tempat untuk membuang dana yang diterimanya kerana kicker berasal dari tempat yang sama, lebih mudah untuk menggunakan dana dengan menggunakan orang orang musuh dan berasal dari tempat kejadian yang sama.kicker merasakan husam menggunakan sumber sendiri dalam usaha menjatuhkan mantan pm pak lah. oleh itu kicker telah menunjukkan kebodohan dia sendiri.

kicker tanpa disedari menggunakan dana dari poket yang sama dalam menghancurkan parti yang diidolakan oleh kicker. hasrat kicker tak tercapai kerana tanpa disedari kicker terguna dana dari poket yang sama. dan apabila membuat senarai pendek dan dihantar ke sprm kicker terjerat dengan sendirinya. kicker mengharapkan bekas bossnya akan terjerat dengan permainan liciknya tapi nampaknya kicker menghulurkan lehernya sendiri untuk disembelih oleh sprm. tanpa diketahui dari mana sumber yang diperolehi oleh kicker dia menggunakan dana tersebut dengan sebaik mungkin. membeli peralatan dan membuat risalah propaganda dan juga menggaji beberapa orang yang mungkin tidak dibayar gaji dan meninggalkan GMCSB.

oleh kerana terlampau syok dengan longgokan duit kepadanya, kicker merancang kerja kerja perang saraf kepada mantan pm paklah. banyak duit yang tiba dari penyumbang menyebabkan kicker terlupa membahagikan ghanimah yang diperolehi sampaikan tulangbesi tak tahu yang kicker ada menerima sejumlah dana yang berjumlah 4 juta, jahat sungguh kicker makan sorang je. rakan blogger yang sama sama berjuang bersamanya tidak diberikan sedikit pun dari habuan yang diterima. bila dana sumbangan dah habis, barulah diberitakan bahawa dia ada menerima peruntukan dari orang yang mahu menjatuhkan pm waktu itu. kering kontang kena punggah baru cerita, duk nganga le rakan rakan dan teman teman yang bersatu hati bersama kicker.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP