perjuangan
ramai manusia bercakap tentang perjuangan, parti pas berjuang untuk kedaulatan islam, umno berjuang untuk perut, dap memperjuangkan malaysia malaysian, pkr dulu berjuang untuk kebebasan nuar berahim akhirnya menjadi perjuangan menentang umno. mic berjuang untuk samy velu, mca berjuang untuk chua soi lek. semua bercakap atas dasar perjuangan. tapi sejak akhir akhirnya timbul pula golongan pemuda yang bercakap atas perjuangan juga tapi tidak tahu pun apa perjuangan. cakap bukan main hebat, orang tua menegur dikatakan tidak bijak menegur mereka. idea yang dikemukakan oleh golongan pemuda yang mungkin tak sempat tua kerana mereka merasakan mereka amat hebat.
tulisan golongan tua diperlekehkan tapi dalam masa yang sama mengeluarkan pendapat yang mendahului zaman tapi tetap bangang. tua ke muda ke kalau mengeluarkan kritikan tahap bangang siapa nak menerimanya. tak mahu masuk dalam mana mana parti tapi nak suruh orang dengar kritikan dan pandangan. kena betulkan dulu dimana letaknya perjuangan kita, islam ke atau atas hanya dasar mengkritik untuk kepuasan diri sendiri dan juga hanya sedap mulut je. semua orang tua tak betul. tuduh kaum melayu bodoh diri sendiri bukan ke melayu atau kaum lain dari melayu.
bicara tentang politik tapi tak daftar pun mengundi, tak ke gila namanya tu, kalau nak berperang boleh le pakai idea bangang tu, nak kritik boleh tapi masuk dulu perjuangan mana jangan kata duduk atas pagar tuhan tak sediakan tempat diakhirat untuk manusia atas pagar. dua tempat je tuhan sedia. syurga dan neraka. bicara hal politik dalam bentuk demokrasi kertas mengundi tak pernah tengok, tak ke bangang namanya. kalau berjuang pakai pedang tapi tak kenal pedang boleh ke kata hebat bermain pedang. nabi mohd diangkat menjadi nabi pada umur 40 tahun bukannya umur 12 atau 20an atau 30 an. bukan orang tak nak dengar kritikan tapi bodoh dan bangang sangat kritikan. pi daftar mengundi dulu, kenal dulu kertas undi baru bicara hal politik, hebat mana pun menulis kertas undi tak kenal camno tu. inilah perangai pemuda yang dikatakan hebat sangat dalam menulis. yang pasti kertas undi tak kenal.
0 comments:
Post a Comment