welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, May 24, 2010

melayu islam perlu sokong pas

melayu islam di malaysia perlu segera mengalihkan sokongan kepada pas sebelum pru yg ke13, umno dah hampir mampus, melayu islam dengan segera perlu mengalihkan sokongan kepada pas. tinggalkan umno yang makin karam dengan pelbagai isu isu. isu isu judi bola yang menjadi bantahan hangat daripada kalangan orang islam dan bukan islam nampaknya menjadi sejuk dan dingin kepada ahli penyokong umno. tiada penentangan tentang judi kerana melayu islam dah masak dengan perjudian dalam umno. umno dan judi sudah sebati dan orang melayu penyokong umno dah boleh menerima judi adalah sebahagian daripada tubuh badan umno.

sejak zaman berzaman judi telah selari dengan ideologi umno, dizaman tengku deraman loteri kebajikan masyrakat telah diwujudkan walaupun mendapat tentangan hebat dari ulamak ulamak semasa itu. siapakah yang menjadi pengerusi pertama kasino diatas bukit sejuk dan dingin? bukan ke ahli umno yang ditubuhkan pada tahun 1946. bukan mudah lim goh tong nak mendirikan kasino diatas bukit jika bukan umno yang terlibat. jadi dengan adanya ahli umno menyokong pembinaan uncle lim dapat membina kasino diatas bukit sejuk. dan siapakah yang banyak datang memenuhi kasino tersebut. jadi isu isu judi dah tak jadi soal lagi kepada ahli umno. isu isu judi disambut dengan tenang dan damai.

apakah lagi isu yang perlu ditanam dalam kepala otak orang melayu yang mungkin boleh berubah. apakah penjualan negara oleh paklah kepada brunei akan menjadi titik tolak kepada penolakan orang melayu kepada umno. pak lah menyedekah kepada brunei blog L dan M. khazanah negara hampir kering kerana diperah oleh umno. jangan biarkan umno terus menjual malaysia kepada bangsa asing. sebelum umno meneruskan kerja kerja jahat ini, melayu islam perlu segera mengalihkan sokongan kepada pas. hentikan nyanyian lama umno dan melayu islam perlu menyanyikan lagi baru. mahu tidak mahu melayu islam perlu berubah dengan pantas dan jangan biarkan orang lain mendahului kita.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP