welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, May 18, 2010

bebas cukai dipulau pulau kenyir

kerajaan terengganu akan mewartakan 320 pulau ditasik kenyir menjadi pulau bebas cukai. pengumuman akan dibuat oleh pm bulan jun atau julai 2010, ini bermakna tasik kenyir akan menjadi pulau bebas cukai terbesar selepas pulau langkawi. sektor pelancongan diharapkan akan bertambah dengan baik an mendorongkan pertambahan perjanaan ekonomi di pulau buatan manusia. hakikatnya pulau pulau dikenyir akan dilimpahi semua barangan bebas cukai, atau bebas dari segalanya. hasrat mat said untuk menjadikan pulau buatan manusia ini menjadi pulau yang diminati untuk dilawati akan tercapai.

kenyir akan menerima kemasukan pelancong asing dari luar negara atau pelancong dari dalam negeri. impak ekonomi dijangka akan berlaku. cuma yang dibimbangkan apabila berlaku kawasan bebas cukai bermakna semua akan bebas, termasuk rokok, alcohol dan juga masalah lain akan timbul dalam kawasan bebas cukai ini. arak akan menjadi semurah murahnya. banyak dah kawasan bebas cukai menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat. arak akan lebih murah dari air sejuk. kegiatan ini akan terus menambahkan gejala gejala sosial buruk kepada masyarakat melayu. ini boleh dilihat bagaimana pulau langkawi, pulau labuan yang telah menjadi kawasan bebas cukai.

kerajaan terengganu dibawah mat said sepatutnya lebih peka kepada gejala buruk ini, walaupun dikatakan kegiatan ekonomi akan bertambah tapi masalah sosial akan bertambah buruk. tanpa arak yang bercukai pun masalah sosial yang buruk pun dah teruk. rokok juga akan dibebaskan dari cukai dan bermakna supply barangan terutama rokok akan menjadi lebih hebat. apa juga yang dikatakan oleh mat said bahawa semua akan terkawal adalah tak menjamin bahawa ia akan terkawal sebagaimana janji janji beliau. mat said dan umno memang terkenal dengan janji janji tipu jadi jangan kita tertipu dengan janji janji mereka ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP