welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, May 17, 2010

rampas sibu

prk sibu menyaksikan dap menang. walaupun peratus keluar mengundi lebih rendah daripada pru 2008 namun ia menyaksikan barisan nasional tumbang dengan bergaya. walaupun bermacam macam jenis habuan wang dan hadiah di berikan namun rakyat telah memilih untuk bersama sama dengan pakatan rakyat. usaha usaha tidak berbaloi untuk barisan nasional. walaupun dengan berbekal dengan semangat prk hulu selangor barisan nasional masih lagi tidak berupaya melonjak kan diri mereka sebagai parti yang akan kekal berkuasa. jentera mereka dilihat amat dominan tapi ada lagi yang lebih dominan dari mereka.

rakyat yang bermaruah mungkin meluahkan rasa marah kerana membenarkan judi bola sepak berlaku didalam negara malaysia. prk ini menyaksikan pertempuran yang sama iaitu berat sebelah, jentera dalam seluruh pelusuk alam digunakan untuk menghalang pembangkang. ramalan demi ramalan yang pakatan rakyat akan tewas dengan mudah telah dapat dipatahkan. jentera dap berfungsi dengan baik di kawasan cina dan dan pas dapat mencuri sedikit undi dari melanau membolehkan pakatan pembangkang menang. usaha usaha pkr selama ini nampaknya berhasil. tiada lagi calon pkr menentang dap disini. jadi semua senjata dihalakan ke barisan nasional.

pertugas pas bertungkus lumus di sibu untuk meraihkan seberapa banyak undi tapi ada lagi makhluk makhluk yang terus menerus memberikan gambaran buruk kepada pas, yang nazak nak bernafas dalam hospital dan dapat nyawa kali kedua pun masih mahu melanyak pas, sepatutnya dah berubah dan masih mahu bersama sama dengan pas bukannya memberikan komen yang celaka. sememangnya manusia sukar berubah dan tidak mahu berubah dan benar kata nabi bahawa akhir zaman ulamak lebih jahat dari manusia jahil. maka celakalah ulamak seperti ini,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP