welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, April 3, 2010

tribunal tuntutan pengguna

tribunal tuntutan pengguna tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes tuntutan yang membabitkan penipuan dalam pelaburan. oleh kerana TTp tidak mempunyai kuasa maka kes kes penipuan pelaburan oleh manusia manusia yang celaka tidak dapat di dengar di TTP. TTp hanya mempunyai kuasa dalam mendengar tuntutan pengguna yang membeli, memperoleh atau mengguna barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga atau pembekal perkhidmatan untuk kegunaan sendiri atau isi rumah sahaja.

oleh kerana ttp tidak mempunyai kuasa kuasa ini, maka berleluasa le penipuan pelaburan, jika kes kes ini dibawa ke mahkamah akan memakan masa yang lama dan akhirnya kes itu terbuang dengan sendirinya. sepatutnya kerajaan mengubal undang undang yang lebih keras dalam menghadapi manusia manusia yang mereka skim pelaburan untuk menipu. pereka skim pelaburan haram ini telah mengetahui sejauh mana undang undang yang ada dapat mereka manupulasikan. tanpa tindakan tegas dari undang undang, saban tahun, bulan dan minggu kita akan dihidangkan dengan penipuan pelaburan.

mangsa mangsa penipuan pelaburan tidak mempunyai undang undang untuk mempertahankan diri dalam menghadapi penipuan ini. tindakan kerajaan biasanya dah terlewat, setelah pelabur rugi berjuta juta barulah pihak kerajaan bertindak dan hanya memberkas anak bilis bukan bapak jerung yang membaham laba yang besar. setelah kerajaan memberkas syarikat pelaburan a, syarikat pelaburan b dan c telah dicipta. dan keadaan yang sama akan berlaku, penipuan tetap berleluasa, penipu makin cekap mencipta pelbagai skim dari cacing, lembu, agro, atau apa saja yang boleh dijadikan produk melariskan pelaburan mereka. penipu penipu ini mengaut berjuta ringgit malaysia setiap hari

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP