welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, April 3, 2010

tarif elektrik naik tak untungkan tNB

che khalid ceo tnb mengatakan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik tidak akan memberikan keuntungan tambahan kepada tenaga nasional berhad, kenaikan tarif tidak dapat dielakkan kerana kenaikan harga bahan bakar di peringkat dunia. che khalid ni mamai ke apa, kalau caj elektrik naik mesti le tenaga nasional untung, mana ada syarikat swasta yang tidak pentingkan keuntungan. saban tahun kita dihidangkan dengan keuntungan tnb yang sentiasa naik dari tahun ke tahun. apakah itu tak cukup lagi untuk membayar gaji che khalid.

setiap kenaikan harga kos bahan bakar akan dilepaskan kepada pengguna, dan tenaga nasional tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana jika kos naik bermakna tnb tak mampu bertahan. che khalid hendaklah menghantar surat berhenti kerja daripada terus menipu rakyat malaysia. inilah padahnya mengswastakan keperluan rakyat kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. inilah kerja kerja jahat peninggalan cik det. cik det meninggalkan sesuatu untuk rakyat malaysia kenang sampai ke mati.

swastakan apa yang menjadi keperluan rakyat adalah satu tindakan yang jahat oleh cik det, dan pihak swasta akan mementingkan keuntungan daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat malaysia. tnb yang untung berjuta juta ringgit malaysia dalam setahun akan terus meningkat keuntungannnya dari tahun ke tahun, tiada hasrat langsung untuk menolong rakyat yang tnb tahu hanyalah kenaikan harga tarif setiap 6 bulan sekali. ini bermakna dalam setahun akan berlaku 2 kali kenaikan harga tarif elektrik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP