rahsia pas di alam maya dan realiti
betapa hebatnya blogger dapat memecahkan rahsia parti islam semalaysia, semua discan dan dinaikkan ke dalam blog untuk tatapan umum. semua pembaca blog dapat membaca apa saja kandungan yang dikatakan rahsia. kalau dah dibaca umum rahsia kepala hotak apa lagi. dan menjadi sampah kepada pas. banyak rahsia pas bocor kepada umum. dan semakin ramai blogger yang semakin kurang ajar dengan pemimpin pas, dulu tiada wartawan yang kurang ajar dengan pemimpin parti atau pemimpin parti lain, menegur dengan keras dan menunjuk dengan jari adalah perbuatan kurang ajar, inikah wartawan harakah yang dikatakan setiausaha akhbar kepada presiden pas. kalau beginilah perangai wartawan harakah, maka bacullah pas kalau tidak memecat golongan yang mengigit tuannya sendiri.
wartawan anjing yang bekerja dengan harakah perlu dinyahkan dengan segera, kalau dah anjing mestilah menyalak tak berhenti henti hatta tuannya sendiri. kenapa harakah masih menyimpan terlampau lama duri duri yang menjadi nanah dan membusung kepada jemaah. sudahlah pas hanya ada harakah sebagai penyambung bicara pemimpin. apakah pemimpin pas nyenyak tidur bersama anjing anjing yang berkeliaran dalam pejabat harakah. rahsia pas makin banyak yang tersebar di merata rata tempat. blog blog semakin menggila menyerang pas. apakah pas terus tidur membiarkan blog blog celaka menyiarkan rahsia pas dilaman web mereka.
apakah tidak apa menghebohkan rahsia pas, dimaafkan kerana banyak jasa jasa perlu dikenang, sebarlah rahsia pas pasti dimaafkan kerana pas parti pemaaf. kalau suatu organisasi banyak rahsia didedahkan kepada umum, parti itu akan cepat kojol dengan mata terbukak, kalau suatu perniagaan banyak rahsia terdedah kepada persaing bermakna perniagaan itu menuju kebangkrapan. apakah pemimpin pas terus lena dibuai oleh blogger celaka yang mana pandai berkata kata dihadapan dan pemimpin pas cepat terdorong memberikan maklumat walaupun tanpa sengaja. dan maklumat ini akan digunakan sepenuhnya oleh blogger celaka untuk menaikkan ratingnya. pas perlu bangun dari tidur yang panjang semenjak mac 2008. dah 2 tahun pas tidur nyenyak bangunlah dajn hadapilah dunia realiti.
0 comments:
Post a Comment