welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Saturday, April 24, 2010

tiada yang terselamat

prk hulu selangor menjadikan prk yang paling hebat dalam sejarah politik tanahair, umno dan barisan nasional mempergunakan apa saja asalkan dapat menjamin kemenangan dalam prk ini. oleh kerana muhyidin tak dapat menjamin kemenangan kepada barisan nasional, ketua kepala parti qorun terpaksa turun sendiri menentang pakatan rakyat, balik dari negara matahari terbit terus ke hulu selangor, apahalnya sampai kena turun sendiri, ada jentera tak kemas ke, atau ada sabotaj dari dalam. walaupun kejayaan muhyidin dengan mengambil barang reject dari pkr namun ia belum mampu menjadikan ia senjata yang paling ampuh untuk menahan asakan pakatan rakyat. dr halili dipaksa menjadi balaci untuk memberi ceramah, dulu masa dalam pkr tak boleh berceramah pun. bila dah masuk umno jadi penceramah pulak. dulu ceramah pkr pun gagap gagap macam penyanyi rap tapi skrg fasih gila, semua yang masa duk dalam pkr gagap skrg bila masuk umno jadi hilang gagap, ubat yang paling mujarab bagi penyakit ini rupanya ialah maki hamun nuar berahim. hilang gagap dapat maki nuar berahim.

tok guru nik aziz dilarang memberikan ceramah agama di masjid semalam, pengarah jais khusrin, atau khuss semangat melarang tok guru nik aziz menggunakan masjid untuk memberikan kuliah agama. khuss semangat kata demi menjaga titah sultan selangor. tidak cukup menutup pintu masjid semua jenis kegiatan pakatan rakyat akan ditutup dengan kemas dan kebal. ketua qorun hari ini dengan lidah fasih menyerang tok guru nik aziz kerana dikatakan menghina sultan selangor, nampaknya tok najid dah kehabisan modal, sampaikan tok guru nik aziz pun diserang, sampai begitu teruk barisan nasional sekarang. kalau sebelum ini calon prk hulu selangor diserang, hari ini tok guru nik aziz diajak berdepan dengan istana. pm menyeret menteri besar kelantan dalam mengadakan konflik antara pakatan rakyat dan istana. pm mahu mengeruhkan lagi suasan dan barisan nasional berharap agar permusuhan yang sengaja dicipta dapat menjinakkan rakyat selangor yang telah menolak barisan nasional pada oru 2008 dulu.

felda sungai buaya diberi duit sebanyak rm seribu secara tunai dan 49k lagi secara bank draft. kalau begitu banyak kepala agung di hempas ke sini, hanya jiwa jiwa yang tenang tak akan menyahut seruan barisan nasional untuk mengundi barisan nasional pada esok hari.100 penduduk sungai buaya menerima 1000 secara tunai, tiba tiba dalam masa 15 tahun masalah tak selesai akhirnya selesai sikit kerana adanya prk hulu selangor, kalau tidak mesti terbengkalai lagi. tapi tak tahu lagi apakah benar seleai atau saja bagi duit untuk rakyat memangkah barisan nasional, kalau nak bagi macam tu, orang kata rasuah, nak elakkan dikatakan rasuah di bagi untuk felda sungai buaya, ranap 5 juta katanya. hebat tak parti qorun. duit tak menjadi soal asalkan penduduk sebut aje,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP