25 april 2010 hulu selangor
semalaman tak tidur di hulu selangor, petugas nampaknya bersemangat pagi ini, hari ini hari penentu samada menang atau kalah tak tentu lagi. masih banyak lagi blog sampai pagi ini menabur racun kepada jentera pas dihulu selangor, kalau yang duduk kat lombok nun jangan pandai pandai nak ulas realiti disini. maklumat yang hang dapat hang reka dan putar aje. pas dulu slow sekarang dah laju, jentera pas tak nampak kerana berada diceruk, kerana faktor geografi dan lokasi. kenyataan bangang yang dibuat dari lombok, sibuk juga nak mengulas keadaan semasa disini. pas memang tak nampak kerana yang buat tak nampak dan yang buta terlampau ramai disini. ada hassan ali depan mata pun, ehhhh ni bukan hassan ali, hassan ali dulu pakai songkok hitam sekarang pakai songkok putih. buat tak nampak cikgu pa disini, member tu lencun basah peluh, ni sapa ni, cikgu pa biasa pakai kot ni pakai baju biasa bukan kot.
kenyataan jahat terus diberikan kepada pemimpin pemimpin pas, orang pas dah berkampung di felda tengi semenjak hari jumaat lagi sebelum hari penamaan calon. ada jugak yang buat tak nampak. ni orang pas terengganu ke, tak cakap macam orang terengganu pun, macam orang key el. jentera pas cover hampir semua kawasan, tenaga kerahan pas melebihi apa yang dikehendaki semasa mesyuarat asal. yang datang tanpa arahan pun masih datang, walaupun yang datang tu hanya tukang kayu, nelayan, petani dan gaji mereka 6 kali lebih kecik dari seorang opis boy pejabat kerajaan. mereka tinggalkan sumber pendapatan mereka berhari hari. apakah pertugas pas akan nampak jika pakai bulan bersaiz gergasi dibaju masing masing baru nampak orang pas yang bertugas. nak harapkan yang bergaji 6 kali ganda gaji exco pun tak nampak batang hidung.
oleh kerana hulu selangor hampir sebesar melaka, jentera pas terpaksa berselerakkan, dan keadaan memaksa pas memangku jawatan sementara akibat dari kebocoran. petugas pas dah tak tidur malam, pas slow sangat di hulu selangor. kalau dah tahu pas slow di hulu selangor baliklah ke sini, jadi perwira mana tahu akan datang boleh jadi Yb pulak. suasana panas dihulu selangor dipanaskan lagi oleh berita berita malaysiakini yang makin celaka dalam melaporkan berita berita palsu. malaysiakini adalah penyambung lidah utusan dan berita harian. tanpa disedari malaysiakini menjadi penyerang utama kepada pakatanrakyat. banyak kenyataan kenyataan pemimpin pakatan rakyat dimanupilasikan oleh malaysiakini. malaysiakini bukan lagi malaysiakini dulu, mungkin pengaruh apco dah meresap masuk kedalamnya. atau yang lebih penting adalah menjaga sumber rezeki mereka.
orang ramai dah mula berpusu pusu ke tempat mengundi dan ada pertugas pertugas pakatan rakyat bertungkus lumus menyediakan segalanya. jentera pas yang disusun untuk kerja kerja hari ini telah berjaya melaksanakan dengan baik diperingkat permulaaannya. tersusun dan teratur dan kalau ada kelemahan tu biasalah mana ada perfect dalam peperangan. sudah sejam lebih pusat pengundian dibuka dihulu selangor. data data sedang dikemaskini oleh petugas petugas pakatan rakyat. bahang panas dah mulai membahang, tenaga segar masih kedepan mendepani barisan nasional. ada juga member member dah beransur pulang selepas bertungkus lumus sepanjang 8 hari disini, ada yang warna mata dah berubah kerana kekangan waktu tidur. semoga selamat sampai kepada petugas yang sudah menghabiskan tugasnya. doakan keselamatan mereka sewaktu balik ke kampung masing masing. untuk freezoneterengganu yang dah jadi mazlan aliman kat sini, sorry bro, aku tak kenal hang, walaupun kita senegeri, kita masih tak kenal antara satu sama lain, cuma yang penting kita satu kapal perjuangan. semoga selamat sampai ke negeri kita.
0 comments:
Post a Comment