welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, April 14, 2010

Terlampau banyak pendapat jadi sendat

Budaya pertelingkahan pendapat memang budaya yang sihat, tapi kadangkala perlu juga menggunakan perintah secara kukubesi, terlampau banyak sangat pendapat yang dihujahkan adakala banyak merosakkan jemaah itu sendiri, dalam pentadbiran walaupun ada yang tak setuju dengan kerajaan masih lagi menurut perintah kepada boss ada juga baiknya. sekurang kurangnya mereka masih boleh memberikan input kepada orang luar. jika yang bekerja dengan kerajaan yang sentiasa berada dibelakang kerajaan tak kira benar atau salah bagaimana orang orang pembangkang nak mengkritik kesalahan kerajaan. jangan kita mencela orang orang yang bekerja dengan kerajaan yang sentiasa patuh dan taat dalam mengerjakan suruhan orang atasan. mereka bekerja dan mereka juga menjadi saksi mata dan telinga tentang kejadian yang dibuat oleh kerajaan samada betul atau salah.



pihak pembangkang banyak menggunakan sumber sumber dalaman untuk berhujah dengan pihak kerajaan dalam mengkritik kerja kerja yang salah dan tidak memberikan keuntungan kepada rakyat atau merosakkan negara pada masa ini atau masa depan. (tulangbesi dan kickdecolla juga menggunakan sumber dalaman untuk menghentam pas walaupun tulangbesi suka berimankan khabar angin). jika tiada langsung orang pembangkang bekerja dalam kerajaan bagaimana akan berlaku check and balance. pembangkang tidak mempunyai input langsung untuk mengkritik kerajaan, dan kerajaan dengan senang hati melakukan apa saja samada salah atau tidak menjadi soal kerana tiada mata dan telinga lagi dalam kerajaan. selemah lemah iman membenci dalam hati bila berlaku kemungkaran.



apabila dibuka kepada umum untuk bertelingkahan pendapat, masing masing akan menengakkan kebenaran hujah masing masing. jika tidak diterima, akan dibawa perbincangan lain samada dikedai kopi atau berlaku konspirasi untuk melemahkan antara satu sama lain. label melabel berlaku. kerjasama yang erat sudah tidak ada lagi. emosi menguasai dan berprangsaka buruk akan muncul dengan cepat. berlaku kejadian kurang ajar dalam pertembungan. walaupun yang ditakutkan apabila banyak mulut mengatakan "yes boss" sekurangnya mereka ini masih lagi wala' dan thiqah kepada pemimpin atas, yang paling celaka berlakunya "mulut murai" tidak kira dimana jua berada nak bercakap walaupun atas urusan apa saja. berkicauan tak kira masa dan tempat. kalau yes boss masih boleh dikawal kalau nak mengawal mulut murai bagaimana caranya.


menghentam sesama sendiri tidak kira majlis, oleh kerana dah dibuka jalan untuk membudayakan banyak pendapat, dimana mana sahaja pun memberikan idea tak kira idea mengjahanamkan jemaahke atau menaikkan imej kita sendiri. percambahan pendapat perlu tapi kadangkala juga perlu dikawal kerana akan menjadi tidak terkawal. apabila berlaku pertembungan pendapat sepatutnya kembali menjadi meja rundingan tapi selepas berunding masih berlaku tak puashati dan berlaku le keretakan dalam jemaah itu sendiri. dulu masa sebelum berlaku ledakan teknologi perasaan tidak puashati hanya berlaku dalam kelompok sekarang perasaan tidak puashati akan dimuatnaik kedalam laman sesawang dan menjadi agenda pertelingkahan pendapat.


memburukkan antara satu sama lain berlaku dengan cepatnya. semua organisasi berhadapan dengan masalah ini, dan tidak akan mudah diselesaikan. walaupun demokrasi membenarkan perbezaan pendapat, tapi memerlukan pengawalan, islam penyelesaiannya dan boleh mengawal dengan baik. walaupun tak boleh menyelesaikan 100% tapi sekurang masih berlaku pengawalan. orang bawah memang boleh menegur orang atas tapi perlu tengok kepada keadaan, situasi, dan apa juga perlu diambil kira. ungkapan paling popular adalah bagaimana saidina umar hendak ditegur oleh sahabat dengan menggunakan pedang. sebenarnya kita perlu melihat siapa sahabat saidina umar itu, bukan pakai membabi buta je, apakah sahabat saidina umar itu mengekalkan dosa kecil, lihat dulu perlakuannya, solat tinggal atau tidak, bagaimana amalannya, baca alquran dan mentafsir bukan dengan perasaan jahat, sahabat yang nak menegur umar alkhattab ada segalanya, itulah orang yang boleh menegur dengan baik bukan menegur dengan dendam kesumat dan ada agenda celaka dalam hati. kalau nak tegur pemimpin mesti pakai ayat sahabat boleh tegur umar alkhattab. telik pandang diri sendiri dulu sebelum menegur. bukan tak boleh menegur tapi biasa yang menegur perangai lebih buruk dari yang ditegur. kesilapan menggunakan ayat ini hendaklah diperbetulkan.


walaupun dalam pas berlaku juga yes boss tapi dibelakang ya allah, sekurangnya diakhir kalam dia masih lagi menyebut nama allah. heeheh sorry batuapi aku siram air sikit. wakakaa,

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP