welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, April 13, 2010

harakahdaily lidah rasmi pas yang telah hilang deria

bila menjengah laman portal harakahdaily, banyak iklan dari berita, update laman sesawang lebih lambat dari menunggu penyu bertelur. berita berita basi dipaparkan. berita sampah dikutip dan dimuat naik kedalam harakahdaily. harakahdaily yang bertanggungjawab menjawab fitnah kepada pemimpin pas telah menjadi tempat melaga lagakan kepimpinan pas. berita yang tidak penting menjadi berita utama. banyak berita pemimpin pakatan rakyat dari pemimpin pas sendiri. begitu hambar persembahan yang dibuat. tidak menarik langsung untuk diikuti setiap hari.



lidah rasmi pas telah hilang derianya. tidak lagi merasa pahit, manis, masam dan kelat. apakah lidah rasmi pas telah ditumpulkan oleh pihak pihak yang berkepentingan. agenda sendiri diutamakan oleh wartawan harakahdaily. menyiarkan berita berat sebelah. harakahdaily bukan lagi panglima perang dan menjadi tawanan perang pihak tertentu. digari dan dirantai dari menyiarkan berita berita penting untuk menjadi maklumat dan pengetahuan rakyat. banyak berita penting disapu bawah karpet.



paparan harakahdaily sepatutnya menjurus kepada apa yang dibuat, pandangan, lontaran dan kritikan oleh pemimpin pas adalah diutamakan. memburu berita tentang pas kawasan, pas cawangan dan pas pusat tidak dijadikan matlamat tapi yang penting adalah memburu rindu kepada pemimpin pakatan rakyat. banyak aktiviti pas diseluruh malaysia dipandang sepi oleh wartawan harakahdaily, aktiviti pemimpin pas pusat pun tiada dalam harakahdaily. sepatutnya setiap hari ada aktiviti pas tidak kira agenda kecik atau besar perlu dipaparkan dalam harakahdaily.



hentikanlah kerja kerja durjana dalam harakahdaily, menulis untuk kepentingan peribadi melebihi urusan parti, kalau untuk kepentingan peribadi baik behenti dari menulis di harakahdaily buat laman web sendiri dan updatelah setiap minit. itu yang terbaik buat semua. lebih baik tutup saja harakahdaily bukan iklan daily lebih baik dari terus didajalkan oleh wartawan harakahdaily. harakahdaily dah menjadi satu beban kepada pas bukannya aset yang berharga. hentikanlah agenda peribadi dalam harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP