welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, April 13, 2010

1 Blogger - ke arah mengjahanamkan PAS

nampaknya persiapan untuk menghadapi pilihanraya kecil parlimen hulu selangor sedikit sebanyak terganggu dengan tulisan dan hujah hujah yang memeningkan otak oleh pas reform ke taskforce13 ke, usrah barbican ke, penyokong fasa tertentu dalam pas dan juga pemerhati bebas. setelah ust nasha timb.presiden pas yang dilantik oleh pas untuk menjadi pengarah pilihanraya bersama pakatan rakyat. ulasan ulasan memperlekeh, menghina dan merendah rendahkan kredibiliti ust nasha dimuat dalam blog. langkah pertama yang dibuat oleh blog adalah mengatakan prk ini menjadi kayu pengukur kepada ust nasha samada masih bersama pakatan rakyat atau dah selangkah ke alam umno.



walaupun hari ni semua blog mengambarkan mereka menentang 1 malaysia kerana adanya apco didalamnya. sedar tak sedar kumpulan atau geng bintang bintang ( GANGSTAR) adalah 1 blogger. mereka mempunyai satu impian iaitu mengjahanamkan pas dengan secepatnya. dikiri kanan pas penuh dengan duri, jarum, perangkap dan apa saja yang menanti pas. mereka bersatu padu, berlakon diatas pentas yang sama. cuma watak watak berbeza, hari ini watak lebai, watak pak imam, watak ulamak, watak ahli pas yang paling ramai sekali. pas semakin tidak kenal dah yang mana ahli membayar yuran, mana ahli yang tak membayar yuran. penyamar sebagai ahli pas amat ramai. musang pun lebih panjang janggutnya.


1 blogger diwujudkan dan inilah realiti, keluar lah diatas nama apa apa pun ia tetap 1 blogger. agenda mereka sudah ditetapkan. matlamat yang satu. misi yang satu. maklumat yang didapati oleh 1blogger akan diulas dengan pelbagai gaya. nama nama kumpulan in hanya untuk mengaburi mata mata pembaca blog. sekali sekala bergaduh dan diakhiri dengan usrah dan minum minum. banyak minum banyak yang boleh dikencing kepada pembaca. 1 blogger amat membenci kepada pendokong pas dan mereka meletakkan label sebagaimana label terdapat dibotol botol barbican. 1 blogger adalah keluaran yang sama saja dari 1 kilang. cuma keluar dari pelbagai sayap, keluar sayap kanan dinamakan taskforce13, keluar disayap kiri dinama pas reform, keluaran depan dikatakan penyokong fasa tertentu dalam pas keluar dibelakang itulah campuran ketiga tiga produk ini, produk campuran ini lebih kepada maki hamun, cerca dan membuat bising tanpa hala dah hujah. sekadar mencukupkan korum usrah.


yang paling berbahaya adalah taskforce13 kerana ia berada dalam uratnadi pas, boleh bercakap stail orang pas, minum macam orang pas, sekali tengok sebijik pendokong pas. susah untuk dikenali, ayat ayat alquran cair dimulut terang dihati, tapi semakin senyap sekarang sampai boss sendiri kena turun padang menjawab hujah dari pendokong pas. anak anak usrah taskforce13 akan disusun kembali. taskforce13 sudah hilang kredibiliti kerana fakta yang ada dah luput. pasreform adalah produk yang tak cukup masak kerana anggotanya dan bossnya tidak berapa cukup masak. dah dilanyak oleh polis. akhirnya nak mempopularkan kembali diri yang sudah tercemar terpaksa menjalankan projek outdated. sambutan projek outdated dan makin berkurangan kerana kehilangan sumber. songkok putih pun dah beberapa kali tukar songkok kerana terlampau lama menunggu. pada mulanya ramai yang nak join dah tawar hati kerana hujah mereka dah dijawab dengan mudah dan tak payah tok guru haji hadi menjawabnya. banyak lagi kerja tok guru haji hadi dari duk melayan kerja kerja bodoh pasreform.


penyokong fasa fasa tertentu dalam perlembagaan pas (usrah barbican), bukan ahli pas sekadar menyokong, kerja kerja adalah membelasah pemimpin pas, samada secara berdepan atau pukul curi. bagi khidmat nasihat semasa menjadi naqid, kerja kerja utama melemparkan yang menjadi persepsi buruk kepada pemimpin pas, korek rahsia rahsia pas adalah misi utama. selepas melemparkan persepsi buruk, usrah barbican akan menyepi dan terus buat kerja kerja lain. terus mengorek rahsia pas, selepas dapat rahsia baru, berusrahlah mereka ditepi longkang sambil layan nasik arab dan ditemani botol botol barbican. selepas tamat usrah bertempiaran lah mereka ke alam maya untuk memberi input yang kelabu kepada pas.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP