strategi dari khalid samad
nampaknya khalid samad amat bijak kalau dalam menulis, hebat sehebatnya, patutlah khalid samad menjadi idola beberapa mangkuk yang amat gila menentang ug, walaupun ug sudah berkubur tapi masih ada lagi yang cuba menggali kubur UG dan membakarnya ditengah laman. nampaknya geng usrah barbican akan kembali mewarnai persada politik tanahair. hari ini ketua kumpulan usrah barbican memuji kehebatan umno dan barisan nasional dan disiarkan dengan baik oleh malaysiakini. khalid berjaya memberikan kredit yang cukup baik kepada umno dan barisan nasional. (JOIN UMNO AJELAH KHALID)
khalid samad dah memuji kehebatan strategi umno dan barisan nasional kerana mencalonkan kamalanathan untuk prk hulu selangor, aku tak pernah dengar ada pemimpin pas yang boleh mengulas tentang kehebatan parti lawan selain khalid samad, khalid samad menulis dengan begitu baik sekali tentang kehebatan umno dan barisan nasional. aku yakin dan percaya memuji umno dan barisan nasional adalah niat yang kedua dalam tulisan tersebut, ianya hanyalah buah kilas dari khalid samad, khalid samad pun mencapai taraf maksum dalam mempersoalkan ketelusan pas dalam berpakat. inilah seorang pemimpin pas yang telah digantung dan masih meneruskan mulut murainya kerana dia rasakan dirinya terlampau hebat.
memuji barisan nasional disamping itu memukul pas dengan secara sindirin, jika siapa tak memahaminya pukulan khalid samad kepada pas boleh terjun lombong. khalid samad telah membaiki imej barisan nasional dan umno dengan mengatakan win win situasi berlaku dalam umno dan barisan nasional. begitulah hebatnya ketua usrah barbican, dia hebat dalam membentuk imej umno dan barisan nasional. dalam dewan parlimen khalid digambarkan oleh pemberita seorang yang amat tegas, vokal dalam menentang apco yang dibayar untuk membaiki imej umno yang sedang rosak teruk dan sudah karam. umno dan dikatakan mendengar suara dari akar umbi dan simboliknya pas tidak mendengar suara akar umbi yang mahukan EGM, perkara ini masih diungkit oleh khalid samad.
aku boleh memahami apa yang nak diperkatakan oleh khalid samad, tipu kalau kita yang bersama dalam satu perjuangan tiba tiba kita kata parti lawan kita hebat dan mendengar suara akar umni, dan parti yang kita anggotai tidak seperti lawan kita, tak gitu YB KHALID samad. pemimpin pas tidak mendengar suara akar umno sepertimana yang dimahukan oleh khalid samad, oleh kerana khalid samad dah bagi senjata baru kepada umno bermakna pas terpaksa berkerja 8 kali ganda untuk menutup kelemahan yang telah dibuat oleh pemimpin yang digantung kerana membocorkan rahsia parti. dan hari ini khalid samad telah membuktikan bahawa JK disiplin parti pas adalah benar dan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam menghukum khalid samad.
oleh kerana khalid samad ada folower yang amat patuh kepada arahanya, maka anak anak usrah barbican akan menyerang anggota pemimpin parti yang mana dilihat tidak menyokong khalid samad, anak anak usrah memiliki blog blog yang mempunyai hits yang tinggi dan mampu menimbulkan masalah persepsi yang tidak baik kepada pemimpin utama pas di peringkat pusat, khalid samad amat bijak menyusun strategi dalam usahanya menjatuhkan imej imej pemimpin pas pusat dan menaikkan imej beliau di peringkat orang yang paling lantang dan berwibawa. dan kekalahan prk hulu selangor adalah berpunca dari sikap khalid yang sering memburukkan pemimpin pas diperingkat pusat dan strategi ini digunakan sepenuhnya oleh musuh. dari analisa yang dibuat kejatuhan utama undi berpunca ketidakyakinan pengundi kepada pakatan rakyat kerana rakyat telah berjaya dihasut oleh puak puak usrah barbican ini.
0 comments:
Post a Comment