hadiah buat ezam kotak
hari ini selepas bertahun tahun menjadi barua dan balaci umno, ezam mat nor menjadi senator, nampaknya usaha usaha keras ezam mat nor berbaloi baloi, isnin depan ezam akan mengangkat sumpah menjadi senator bersama 3 senator lain. selepas menabur fitnah yang amat hebat kepada sifunya ezam kembali diterima oleh umno dan barisan nasional dan sebagai hadiah ezam dianugerahkan menjadi senator. inilah habuan serigala liar yang akan membaham apa saja hatta sifunya sendiri. oleh kerana ezam berjaya memberikan bukti bahawa nuar berahim mengadakan hubungan rapat dengan israel umno dan barisan nasional dengan bangganya memberikan ezam hadiah.
setelah berjaya kembali semula keumno, ezam telah berjaya menaikkan tarafnya dari seorang balaci kepada senator hasil pengorbanannya menjadi barua umno, usaha ezam yang tak mengenal penat dah lelah akhirnya membuahkan hasil. ezam lebih hebat dari orang lain semasa menyamar menjadi ahli pkr dulu, ezam berjaya meniru suara nuar berahim, itonasi dan juga hebat dipentas ceramah. jika orang yang hadir semasa ceramah ezam pasti mengatakan nuar berahim dah kembali ke umno dan barisan nasional kerana suaranya hampir sama seperti yusof chong meniru suara nuar berahim. cuma yang kasihannya adalah berahim ali, masih terus menjadi pencacai pengangkut najis, masih belum sampai lagi taraf makamnya berahim ali belum mampu untuk menjadikan dirinya sehebat ezam.
hasil yang ezam perolehi akan menjadi pendorong kepada lebih ramai lagi musang musang berbulu kambing dalam reban pkr. jika ezam menjadi contoh idola mereka, pkr akan berhadapan dengan lebih banyak masalah dimasa masa akan datang. tarikan penganugerahan pangkat kepada ezam akan menjadi daya penarik untuk lebih ramai lagi ahli pkr menjadi musang. umno dan barisan nasional telah nampak kelemahan pemimpin pkr yang mana hanya perlu umpan yang menarik untuk menarik tangan mereka untuk kembali menjadi umno. zahrain, zulkifli dan beberapa lagi pemimpin yang telah terjun akan berbaris menunggu habuan mereka. kalau tiada habuan yang diperolehi sehingga akhir tahun bermakna keupayaan mereka menjadi pkr kembali akan kembali cerah. dan mereka ini akan terus begini sehingga semua hasratnya tercapai.
0 comments:
Post a Comment