welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, April 11, 2010

Sokong Pakatan Rakyat Kena dajalkan PAS?

apabila pas, dap dan pkr bersetuju menjalinkan usahasama yang dinamakan pakatan rakyat, apakah pemimpin pas suka sangat berpakat dengan pkr dan dap, apakah ahli dan penyakong pas lupa kepada kejadian bekerjasama dengan semangat 46. pemimpin pas yang tidak bersetuju dengan kerjasama dengan semangat 46 telah keluar dan membentuk parti islah. pas sakit ketika itu kerana banyak pemimpin pas yang tidak bersetuju dengan kerjasama ini, apa yang ditakutkan oleh pemimpin pas adalah perbuatan khianat semangat 46 kepada pas dan apa yang dikatakan oleh puak puak islah adalah betul, semangat 46 mengkhianati pas.

pas bekerjasama lagi sekarang dengan pkr dan dap. apakah penyokong dan ahli semuanya bersetuju? mungkin ada yang tidak bersetuju sebagaimana kerjasama pas dan semangat 46. ada kenyataan bangang yang mengatakan bahawa apabila kita berpakat kita hendaklah jadi baik dan patuh, rukuk dan sujud kepada pakatan rakyat, jika pas tidak bersetuju dengan rakan kongsi dalam pakatan rakyat hendaklah diam dan simpan aje dalam hati kerana tidak mahu dikatakan menjadi gunting dalam lipatan dan juga biawak hidup. bila berpakat apakah pas saja yang perlu menjaga hati dan perasaan pakatan lain. yang menyerang pas adalah dari kalangan pas sendiri bukannya musuh. ini sangat mendukacitakan ahli dan penyokong pas.

blog blog penyokong pakatan rakyat selalu menulis tentang apa yang perlu pas buat dan apa yang tidak boleh pas buat, apakah pas tidak boleh berkata sekuit perkataan walaupun bercanggah dengan islam, pemimpin pas boleh bersuara jika suaranya selari dengan perkataan blogger celaka. jika tidak diam. pemimpin pas tidak berhak bersuara menyuarakan apa yang perlu pas berhak berkata dan kerana pas juga sebuah parti yang sudah lama berjuang dan islam perlu dominan. islam perlu dominan kerana ada pemimpin pas yang bukan ahli ugama berlagak lebih dari ulamak muktabar dari seluruh dunia. bila sebut islam bacaan fatihah pun macam orang afrika masuk islam pun masih bercakap tentang islam. perlu bercakap islam walaupun tidak tahu bercanggah atau tidak dengan hukum hakam agama. inilah yang ditakuti oleh nabi muhammad s.a.w

Tiadalagi pemimpin parti pkr yang menyanggah pemimpin pkr kecuali yang telah kembali menjadi umno, tiada ayat pun dari pemimpin dap yang menyanggah perbuatan pemimpin dap, kalau suka sangat dengan parti dalam pakatan rakyat, keluar dan join mereka alangkah lebih baik daripada terus bersama dengan pas. buat kenyataan menyentuh pas dari luar lebih baik dari terus bermuka talam. inilah hakikat yang perlu pas bayar apabila berpakat. pas akan lebih teruk dihentam dari parti lain. pas perlu jadi kawan yang baik, pas perlu itu pas perlu ini, semuanya adalah perbuatan jahat dan khianat kepada parti pas. tulisan hanya menterjemahkan perbuatan jahat yang berlegar dikepala masing masing.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP