welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, April 11, 2010

kaedah dua T

Seorang T berada jauh dilombok, menulis apa yang terjadi di malaysia, singapura, myammar, thailand dan juga asia tenggara hatta sampai ke mekah dan madinah, semuanya dalam makluman T yang pertama, T yang kedua hanya perlu menyalin apa yang T pertama tulis dan dimuatnaik kedalam blog masing masing. T yang pertama tetap berimankan berita berita angin kerana ianya benar dan boleh ditulis dalam blog dan juga mahkamah abu jahal menerima bukti bukti khabar khabar angin ini. Mahkamah abu jahal juga boleh menyuruh orang yang dituduh bersumpah kalau tidak mahu menafikan berita berita fitnah yang melanda.

T pertama akan melemparkan fitnah dan T kedua yang berada dimalaysia tetap akan memuatkan tulisan boss dengan kadar segera agar dapat menjadi berita sensasi. jika boss mahu buat tabung kutip derma, anak usrah akan wajid menyediakan tabung dengan segera. seperti ayahpin dibesut, ayahpin mahu mendirikan sebuah bahtera seakan akan nabi noh dan pengikut pasti akan merekacipta bahtera yang sepertimana dimahukan. maka terbinalah bahtera ala ala nabi noh di besut, begitu juga impian, harapan dan cita cita T yang pertama mahu mengutip derma sebanyak mungkin dalam usaha menyaman pas pusat kerana tidak mahu menerima aduan aduan salahlaku yang hanya terdapat dalam minda T yang pertama, maka mahu tidak mahu T kedua terpaksa ikut sama mengutip derma sepertimana kemahuan T pertama.

walaupun menggunakan nama pangkal yang sama T, mereka berdua bukan kembar sejati tetapi mereka adalah kembar siam yang hanya melekat diantara otak keduanya, jika salah seorang berfikir untuk menfitnah pemimpin pas, yang sorang lagi akan cepat cepat mencari khabar khabar angin. begitulah akrabnya hubungan kembar siam ini. bercantum walaupun didua negara yang berbeza. cantuman kedua dua ini amat menyusahkan jemaah pemimpin pas kerana ada pemimpin pas yang sudah bersms dengan T yang pertama di lombok. oleh kerana T yang berada dilombok boleh bersms dengan pemimpin pas dimalaysia banyak rahsia pas dah bocor kepada T yang pertama.

waalaupun T yang kedua pernah bergambar dengan T yang ketiga tapi T kedua tetap mengfitnah T yang ketiga. oleh kerana T ketiga tidak mahu tunduk kepada kemahuan T pertama maka T kedua juga membenci T yang ketiga. Pelbagai cara digunakan dan akhirnya terjumpa sakai yang sanggup menerjah T yang ketiga semasa minum di lobi parlimen. akibatnya Kedua T bergabung menyambut keheroan sakai yang berani kurang ajar dengan T yang ketiga. berita kejayaan sakai menerjah T ketiga disambut meriah oleh blog blog anti Ug. semua bersatu meraikan kejayaan Sakai menerjah T yang ketiga. Sakai ini baru saja menjadi ahli pas, itu pun kerana sakai ini tidak ada siapa yang mahu mengambil dia kerja kerana sakai ini suka sangat makan boss. mahu tidak mahu sakai terpaksa menjadi ahli pas mungkin atas nasihat T yang pertama berada dilombok.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP