welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, April 16, 2010

sebelum ke hulu selangor

sessi penerangan untuk pergi membantu pakatan rakyat di hulu selangor dalam usaha mempertahankan hulu selangor ditipu lagi oleh barisan nasional. jentera prk dalam keadaan siapsiaga untuk datang membantu. segala keperluan untuk berada disana telah disiapkan. rumah mungkin akan disediakan kalau tak ada bermakna terpaksa bermalam di dalam khemah. sebagai parti marhaen bermakna datang dengan pelbagai alatan yang kurang cuma semangat yang membara membantu sekutu untuk memenangi peperangan ini. berada dalam parti marhaen dan bukannya seselesa menjadi penyokong parti qhorun yang mempunyai segala galanya. terima lah seadanya.

jentera pilihanraya yang datang mungkin membantu dari segi sokongan, jentera memasang poster, memancing undi akan diserahkan kepada orang selangor kerana mungkin masalah bahasa dan loghat. salah bahasa mampus kena perambat dengan parang. culaan undi dan penyediaan pengangkutan, lokaliti dan dari segi perang saraf mungkin akan diberitahu semasa berada disana. disana nanti penerangan yang lebih jelas akan diberikan oleh pengarah di hulu selangor yang sudah berada disana. selangor menjadi tuan rumah dan akan mengkoordinat pergerakan dan perjalanan mengikut situasi semasa.

berhadapan dengan parti qhorun memang akan melalui jalan jalan yang berliku liku, provokasi akan berlaku sepanjang masa. media massa akan menyerang pakatan rakyat dengan hebat dan akan dibantu oleh agensi agensi lain. ada kawasan peti undi yang hangat dan akan menjadi lebih hangat apabila tiba disaat akhir menuju hari pengundian. parti qhorun akan turun dengan semangat yang tinggi untuk menawan hulu selangor walaupun dikatakan bergelora dalam mesyuarat terakhir mereka. parti qhorun tetap bersatu kerana kepala agung mendamaikan mereka. itulah tali yang menjadi penyambung mereka.

menjelang hari penamaan calon besok, rombongan ini akan bergerak berasingan kerana untuk menggelakkan kesesakan dan juga terbahagi kerana bukan semua rombongan akan terlibat dalam perarakkan calon esok. perarakkan calon bukan penentu kejayaan prk hulu selangor untuk pakatan rakyat. banyak benda yang perlu difikirkan. strategi yang ampuh perlu difikirkan agar dapat menghalang apa saja halangan yang akan dibuat oleh parti qhorun.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP