Lurus dan rapatkan saf
masa bertempur dengan musuh sudah tiba, semoga tiada banyak musibah yang melanda. calon pakatan rakyat sudah ditetapkan. berlapang dada wahai jiwa jiwa yang tenang, damailah hati hati yang sentiasa dipenuhi hawa nafsu, semoga kejernihan iman akan merapatkan apa yang terbuka dan mana yang terbengkok moga dapat diluruskan sebelum musuh musuh dapat menyelinap masuk ditengah tengah pertempuran sengit. semoga allah merahmati kita semua dalam pertempuran ini. bangkitlah bersama keimanan dan juga satu misi pastikan barisan nasional dikalahkan dan kekalkan kemenangan rakyat.
demi menyahut seruan sahabat seperjuangan, blog ini menyambut gencatan senjata yang ditelah ditandatangani oleh batuapi. perjuangan yang sebenar sedang menanti, segala gerak kerja, jerit perih berhadapan dengan barisan nasional yang mempunyai segala galanya. walaupun gerak kerja pas dikatakan perlahan dan akan menjadi lebih hangat dari biasa apabila tiba masa selepas 17 april 2010. gerak kerja bersama memerlukan koordinat yang betul, perancangan masa dan strategi di bilik gerakan supaya tidak bertembung diantara satu sama lain. semua peti undi perlukan satu gerakan yang tersusun bukan cacamerba.
pergerakan, misi, culaan dan juga strategi akan mudah dilaksanakan jika semua sedia turun padang bukan hanya hebat di alam maya tapi di alam realiti malu untuk turut sama memasang bendera, memasang poster, bertekak dengan polis dan majlis perbandaran, provokasi pihak lawan yang sentiasa mencari salah untuk meledakkan serangan. cekalkan hati dan bersemangat waja. perjuangan islam pasti menempuh segala kepayahan, apakah apabila kamu mengatakan kamu beriman allah tidak akan menguji kamu, hanya melafazkan kalimah syahadat kamu sudah benar benar beriman. disinilah pengujian keimanan yang sedikit berbanding apa yang dilalui oleh junjungan kita nabi muhammad s.a.w. takbirrrrrrr alllahuakbar allahuakbbbarrr
0 comments:
Post a Comment