welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Thursday, April 15, 2010

orang orang teramat kecewa

tulangbesi kecewa kerana gagal menjawat jawatan ceo dalam anak syarikat selangor dan juga anak syarikat terengganu. banyak impian dan angan angan tulangbesi bukan saja gagal dipenuhi oleh kebanyakan pemimpin pas tetapi juga sanggup menolak apa saja keinginan tulangbesi. oleh kerana harapan yang menggunung menyebabkan tulangbesi yang pernah makan dan minum bersama hassan ali siang dan malam atau bermulanya fajar setiap hari. akhirnya hassan ali menolak permohonan tulangbesi untuk menjadi ceo. akibat kecewa tulangbesi telah melakukan pelbagai serangan fitnah kepada hassan ali. berita berita palsu dan fitnah dimuat naik ke dalam laman blognya ombakfitnah.

sebelum hassan ali dibantai, dibalun dan dikeroyok oleh tulangbesi, geng geng terengganu, terutama cikgu pa, abu bakar chik, shuhaimi hatta tok guru haji hadi pun dihentak fitnah oleh tulangbesi. di terengganu tulangbesi juga memohon menjadi ceo anak syarikat terengganu sewaktu pas memerintah terengganu 1999-2004. disini tulangbesi kecewa kerana permohonan untuk menjawat jawatan ceo juga gagal. apa punya malang tulangbesi, semua application ditolak, apakah tulangbesi tidak mempunyai ijazah kelas pertama atau tulangbesi terlalu hebat sampaikan kedua dua negeri menolak kepakaran tulangbesi. heran bin ajaib.pemimpin pas gagal mengesan bakat hebat tulangbesi.

dikelantan terdapat juga makhluk yang kecewa dan frust menonggeng kerana cita citanya untuk memperolehi jawatan didalam anak syarikat digital kelantan juga ditolak. kickdecolla nama gelarannya. pernah mencium tangan tok guru diakhir kalam diPMBK. perasaan yang begitu kecewa tidak mampu dibendung akhirnya meludah muka tok guru dengan perkataan caci nista. selepas gagal menjawat jawatan di dalam anak syarikat kelantan dan akhirnya kick disepak keluar kerana ada agenda tersendiri kickdecolla tersepak kepalanya sendiri. memulakan siri serangan fitnah kepada tgna dengan selambanya mengutip kertas kertas keputusan mesyuarat pas yang dibuat dalam tong untuk dibakar sempat dikutip dan diimbas oleh kickdecolla. modus operandi masih sama iaitu melakukan fitnah kerana kecewa.

hero epik ramayana yang diangkat menjadi lagenda kepada taskforce13, pakaq bertugas di harakahdaily dan bakal dipecat mengikut sumber-sumber khabar angin dan maklumat dalaman yang diperolehi oleh tulangbesi. pakaq juga dikatakan berminat dengan jawatan setiausaha akhbar kepada tok guru presiden. oleh kerana rahsianya pecah sebelum menjawat jawatan SU akhbar diketahui pakaq gagal menjawat jawatan itu. sekarang pakaq sedang melobi apco untuk menyertai malaysiakini dan sumber berasaskan khabar angin malaysiakini tidak berminat nak mengupah pakaq menjadi wartawannya kerana dibimbangi pakaq akan mengigit mereka sepertimana sekarang pakaq mengigit pemimpin pas.

sikap kurang ajaq pakaq dalam menerjah timb.presiden pas telah diarkibkan sebagai bahan bukti bahawa pakaq tak layak menjadi wartawan mana mana syarikat penerbitan maya atau cetak kerana sikap bangang yang suka menerjah tak kira masa dan ketika. mungkin utusan malaysia berminat dengan orang seperti ini. oleh kerana kecewa gagal menjawat jawatan su akhbar tok guru presiden, dia melakukan fitnah kepada timb.presiden pas dan melabel pemimpin pas yang menyebabkan beliau gagal dalam menjawat jawatan tersebut. terlampau kecewa dengan keputusan pas, pakaq menjadi hilang akal dan menerjah bagai orang gila di kantin parlimen kerana melihat timb.presiden berbual dengan orang umno.

ketiga ketiga orang ini kecewa dengan pas kerana pas gagal memenuhi hasrat dan matlamat mereka. apabila kecewa mereka ini telah melakukan kerja kerja fitnah kepada pas. melemparkan persepsi buruk kepada pemimpin pas. banyak rahsia pas disebarkan ke alam maya. hubungan antara ketiga tiga makhluk ini amatlah erat. dan mereka ini semua adalah member sekandang, menangis bersama kerana kecewa dengan pemimpin pas yang suka menolak keinginan mereka. akibat kecewa mereka bersatu mengfitnah pas dan seluruh jemaahnya. dalam menghadapi prk hulu selangor, mereka ini semakin galak menyerang dan menabur fitnah kepada pemimpin pas supaya pas gagal berhadapan dengan umno yang telah bertempur secara berdepan sesama sendiri.

2 comments:

Unknown April 15, 2010 at 8:22 PM  

TB ni x payah dok dendam nk jatuhkan nasha, hasan ali.. diorng tu bukan ada apa2 pn. buang masa dan tenaga je.

kalau nk jadi CEO lebih baik g jumpa jib.. org mcm TB ni dgn telanjang bulat jib terima.

x mcm gerombolan UG ni .. jenuh gomo x dapat gak jg CEO.

kk April 16, 2010 at 2:53 PM  

man,

cuba cakap elok elok, macam budak budak je, terus terang je jgn ckp mcm makna nanti susah orang nak percaya, bergerak kesana kemari mcm lalang

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP