welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Monday, April 19, 2010

rencana yang cuba memecahkan hubungan pas pkr

tulisan zulkiflee bakar dalam utusan online cukup hebat menghentam pas kerana terlampau mudah memaafkan zaid ibrahim, penulis utusan ini cukup berhemah dalam cuba memecahkan pakatan antara pas dan pkr, beliau memuji tentang pengorbanan ahli pas yang datang ke hulu selangor dengan sindiran mereka ini diimport ke selangor, betapa jahatnya tulisan ini, memuji disebelah pihak dan menendang disebelah pihak. inilah bijaknya penulis di utusan online ini. beliau bersama sama dalam ribuan penyokong pas berjalan menuju ke kenderaan dan dalam masa yang sama menghina penyokong pas yang dikatakan bodoh kerana memberikan sokongan kepada zaid ibrahim yang dulu amat membenci pas, walaupun panas terik terus hadir memberi sokongan kepada calon yang suatu masa dahulu kuat menentang pas.



penulis upahan ini mengungkitkan lagi bagaimana zaid ibrahim menyaman pas kes hudud dikelantan, cuba menimbulkan prasangka buruk kepada penyokong pas bahawa tiada makna menyokong zaid ibrahim yang pernah menghalang cita cita pendokong dan ahli pas. polemik ini cuba diterap masuk kedalam minda pembaca, penyokong pas bukan sebodoh penulis ini, penyokong pas ada otak yang lebih baik untuk berfikir kerana mereka berfikir mereka tidak bersama umno sebagaimana penulis yang selamanya umno, tiada yang buruk langsung tentang umno. walaupun penulis mencari makan dengan menulis kebaikan umno, penulis hendaklah sedar yang otak penulis sudah beku dan jumud, tiada lagi parti yang baik selain dari umno. pas menyambut tangan huluran dari sesiapa saja yang mahu sama sama berjuang untuk menengakkan keadilan kepada rakyat akibat kezaliman barisan nasional. selagi mereka berpegang kepada prinsip mahu sama sama berjuang menentang kezaliman dan tidak khianat kepada perjuangan asal pas semasa bergabung.



penulis kasihan melihat pengorbanan ahli pas yang sanggup meninggalkan anak isteri dan tidur dimasjid kerana hendak menangkan calon yang pernah menentang mereka, bodohlah penulis upahan ini, jika atas nama perjuangan zaid bersama umno, orang pas tidak akan sanggup datang ke hulu selangor, walaupun siapa calonnya hatta dari dap orang pas tetap datang membantu sekadar yang mampu demi menumbangkan kerajaan umno dan barisan nasional, oleh kerana zaid sudah bersama pkr bermakna zaid perlu ditolong, kalau penulis sekalipun menjadi calon pakatan pembangkang, para penyokong pas pun akan datang membantu, walaupun banyak tulisan penulis begitu bebal dan menikam penyokong pas dengan hebat.



bukan masalah mengampunkan dosa sesiapa, kerja kerja mengampunkan dosa pas bukan seperti paderi boleh mengampunkan dosa, peluang yang kedua tetap diberikan kepada zaid ibrahim sebagaimana pas memberi peluang kedua kepada nuar berahim, pas tetap memberi peluang kedua kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama,pas tidak memberi peluang kedua kepada umno kerana umno terlampau khianat pada agama dan kaum melayu dan kaum kaum lain yang terdapat dalam malaysia. bukti bukti bahawa umno akan khianat terlampau banyak jadi apabila bukti terlampau banyak apakah pas gila nak berjabat tangan lagi.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP