welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Tuesday, April 20, 2010

menambah kekuatan pas di hulu selangor

pas terengganu akan berangkat malam ni menuju destinasi prk hulu selangor, stopa ali su Agong pas pusat telah mengarahkan pas mempertingkatkan tenaga tambahan dari 20% kepada 60 peratus, semoga dengan kuasa tambahan ini dapat mengurangkan lagi majoriti barisan nasional miliki. sepatutnya ini menjadi pertukaran baton dari yang sudah berkampung lama di sana, tapi ada yang tak balik lagi meneruskan perjuangan kerana sesuatu keadaan yang mendesak. ada yang terpaksa balik kerana terpaksa pula mencari rezeki untuk anak bini, kumpulan pertama dari kuala nerus, kemaman dan dungun katanya, tapi ada juga yang datang tak ikut kawasan. mereka datang atas daya usaha sendiri, makan minum ditanggung bersama. sepatutnya gerak kerja untuk pas terengganu dalam 3 fasa kerana akan merangkumi 8 kawasan di terengganu. pas terengganu masih diberi kawasan hitam, terima ajalah yang atas dasar amanah.

semalam mesyuarat memutuskan untuk menghantar lagi petugas petugas pas yang siap sedia berkhidmat tidak kira masa dan ketika. semua kelengkapan sudah siap diatur. jentera pas boleh bersiap untuk datang ke hulu selangor dalam masa sehari. berita berita yang diterima dan isu isu yang perlu dihadapi telah diberi taklimat terakhir dari ketua penerangan masing masing. semoga allah merahmati perjalanan malam ni. bertolak selepas pukul 10. perjalanan akan memakan masa hampir 7 jam. sebelum sampai ke felda. bagaimana bentuk mukabumi disana belum tahu lagi. tok guru haji hadi katanya dah berkampung disana dalam usaha menawan hulu selangor. diberitakan tok guru nik aziz juga akan hadir ke sana.

tak banyak yang dapat diolah kerana sebelum sampai tiada apa yang akan dapat diceritakan. cerita yang dilaporkan tidak sama dengan apa yang terjadi sendiri. laporan maklumat tidak putus sampai kebilik gerakan pas terengganu. semoga allah memberikan kita semangat yang padu dalam menghadapi situasi yang sukar ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP