teguran diwaktu perang
sedang dalam waktu peperangan sekarang, nampaknya ada jugak blogger dengan senang hati menuduh laman tranungkite menjadi cybertrooper umno, sejak bila pemimpin seperti herman samsudeen baru sedar yang harakahdaily dah menjadi semakin teruk, kenapa herman tak bertanya sendiri kepada ketua editor harakahdaily, kenapa herman menyerang tranungkite diwaktu sekarang, tak bolehkah menunggu selepas 25 april 2010, apakah yang merasuk fikiran herman sampai begitu teruk meracau racau. kalau herman boleh membaca dibawah (footer page) ada tertulis dimiliki oleh dewan pemuda pas kawasan dungun terengganu darul iman, apakah herman tak nampak yang yang tertulis di tempat yang seakan tempat yang sama. PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)
pihak pemuda pas dungun mencuba sebaik mungkin untuk menjadi media tempur alam maya sewaktu ketiadaan media yang boleh diharapkan. tranungkite sudah menjadi satu entiti lambang petempur maya yang berjaya setakat ini, menuduh tranungkite menjadi pelacur media umno begitu hina dipandangan mata herman, apakah herman baru tersedar dari tidur yang panjang, bermimpi disiang hari gamaknya. begitu lama pemimpin pas diserang siang dan malam baru ketika ini herman bangkit menulis tentang keburukan tranungkite, mungkin herman ada kawan dalam harakahdaily yang menyebabkan herman bangun mempertahankan harakahdaily.
herman sedar atau masih mengingau lagi waktu ini, kalau isu isu delay yang diketengah apakah valid lagi untuk dikeluarkan, harakahdaily sudah ketinggalan dari semua segi, wartawan harakahdaily lebih senang menerjah timb.presiden dari menulis berita berita untuk mempertahankan pas dan menerjah barisan nasional. jika delay tidak dijadikan isu, apakah isu 17 april masih lagi valid untuk dikeluarkan pada 25 april 2010. mengambil masa yang lama untuk menjawab jawab isu isu lapuk yang sudah lama dijawab oleh tranungkite, wartawan harakahdaily dibayar dengan duit pas bukan secara percuma sepertimana yang dilakukan oleh tranungkite. apakah herman ingat pengendali lamanweb tranungkite ini dibayar secara bulanan ke untuk mengupdate tulisan, apakah ada overtime dalam mengeluarkan artikel diwaktu malam untuk bacaan pembaca yang mahu berfikir. mereka tinggalkan waktu tidur untuk pastikan tranungkite terus hidup dan berdaya maju untuk menjawab tohmahan umno. kalau pemimpin pas sendiri ragu ragu tentang usaha usaha ini, orang seperti herman perlu memberi teguran kepada harakahdaily yang semakin nyanyuk dalam media maya.
sejak bila pula herman terpengaruh dengan rangking, hari itu seorang penulis batuapi telah menulis tentang rangking, apakah herman tak membacanya, batuapi telah menghuraikan panjang lebar tentang rangking blog blog dan laman web. jadi saya berharap herman berfikir dahulu sebelum menegur dengan keras kepada laman tranungkite. saya percaya pengendali laman tranungkite dah mencuba sebaik mungkin untuk menjadikan laman tranungkite berwibawa, kita perlu membaiki bukannya menebuk bagi lubang semakin membesar selepas itu gembira melihat saudara saudara seperjuangan tenggelam di dasar laut.
0 comments:
Post a Comment