welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

nalakarupan mengigau disiang hari

Datuk S. Nallakarupan mendedahkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri tercapai di samping isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bergelar wanita pertama setelah lama mereka mengidamkan kedudukan tersebut.Justeru beliau difahamkan yang usaha pertama Anwar jika rancangan itu berjaya adalah untuk memansuhkan undang-undang tertentu kerana Penasihat PKR itu diketahui sangat gusar dengan situasi politik semasa.''Saya difahamkan Putar Alam Malaysia (Anwar) dikatakan sedang membuat persiapan untuk 'berhijrah' ke Sarawak menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak,'' katanya di sini hari ini.



betapa hebat kenyataan sahabat lama nuar berahim, semakin nyanyuk lak nala ni, kenapa nala nak jadi calon mic kat hulu selangor ke. buat kenyataan yang hampir sama dengan ezam mat kotak. bila ada prk kecil nuar berahim akan dijadikan puching bag oleh sahabat sahabat lama nuar berahim. betapa baghalnya nala membuat kenyataan, apakah nala sudah mendapat penyakit VK lingam, suara macam saya, rupa macam saya, tapi ini bukan saya. apakah semudah mengerlip mata nuar berahim boleh memisahkan sarawak dari malaysia. betapa bangangnya kawan nuar berahim ni. kalau ada pilihanraya kat negeri sabah, nuar berahim akan keluarkan sabah dari malaysia. kalau beginilah kehebatan nuar berahim kenapa nuar berahim tak keluarkan pulaupinang dari malaysia kerana dia dah jadi mp kat permatang pauh. jadi senang lah nuar berahim nak keluarkan penang dari malaysia.



walaupun nala kuat membodek najid pun dia tetap tak akan dipilih menjadi mp hulu selangor kerana samy vellu akan kedepan mencantas nalla dari menjadi calon. samy vellu akan berkata langkah abu mayat aku dulu sebelum nalla menjadi calon hulu selangor. nalla lu dah out of date, tiada siapa nak dengar kenyataan bangang lu kecuali orang orang gila. semakin banyak kenyataan nalla semakin banyak yang melondehkan siapa nalla yg sebenarnya. selepas habis prk hulu selangor, nalla dan ezam akan disimpan kembali dalam mangkuk tingkat, dan dipanaskan kembali jika tiada makanan baru. masa prk hulu selangor zul kulim dan zahrain lebih panas dari ezam dan nalla yang semakin basi dalam arus politik malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP