welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Friday, April 9, 2010

menyusuri perjuangan pas

pas kawasan kawasan sedang menjalankan tanggungjawabnya memilih pemimpin baru atau mengekalkan pemimpin lama yang mana masih valid dan tiada lagi tanda tanda expired. menengok kepada ulasan cilipadi007, cilipadi007 mengambil kesempatan untuk memperlekehkan pemimpin pemimpin lama dalam pas, ulasan ulasan yang diberikan menjurus kepada penggantian pemimpin pemimpin dan berselindung dibalik pemimpin pemimpin yang tiada daya saing dan dihinggapi perlbagai penyakit kencing manis, lemah jantung, dan pelbagai penyakit lagi. bagi cilipadi007 semua pemimpin pas perlu berundur dengan segera bila ada penyakit. pelbagai saranan dan pandangan telah dilemparkan oleh cilipadi007.


nampakanya cilipadi007 meneruskan agenda pas reform yang mana semua pemimpin lama pas perlu berundur. cilipadi007 mempersoalkan dimana moral pemimpin lama pas kerana tidak mahu berundur, cilipadi007 mungkin salah seorang usrah barbican yang bercakap tidak berlandaskan fakta dan realiti jemaah pas. apakah pemimpin lama pas masih hendakkan sangat jawatan sepertimana dakwaan cilipadi007, pemimpin lama pas bukan gila jawatan sepertimana cilipadi007 yang mungkin mahu menjadi pemimpin tapi ditolak oleh ahli pas setempat. ust ahmad masih menerima jawatan jika masih dilantik, apakah ust ahmad awang gila kat jawatan, tok guru nik aziz pun menolak tapi masih dilantik, apakah tok guru nik aziz juga gila jawatan sepertimana hujah cilipadi007. atau cilipadi007 mahu menuju peluru kepada orang orang yang dikatakan penyokong kerajangg perpadunng.


sindrom takut bersuara dijadikan alasan oleh cilipadi007, siapa dalam pas yang takut bersuara, dalam muktamar pun ust ahmad awang masih boleh mendedahkan ada yang mahu bekerjasama dengan umno, tapi masih menyimpan rahsia nama pemimpin pas yang mana kenyataan ini menjadi barah kepada pas. apakah ahmad awang takut menyatakan nama pemimpin pas yang mahu bersengkokol dengan umno, sindrom bersuara dalam muktamar kawasan atau peringkat pusat tidak pernah timbul, pas membuka selebar lebar pintunya untuk berhujah, berbahas, mengkritik pemimpin secara betul bukannya menulis tanpa tahu apa sebenarnya terjadi. dalam muktamar kawasan atau muktamar pusat tiadakah yang berani bersuara kerana takut ke atau kerana tiada apa yang hendak diperkatakan dan yang sibuk hanya pemerhati bebas yang takut terjun dalam perjuangan yang hanya pandai berpura pura bersifat baik, menulis demi kebaikan pas tapi hanya untuk memusnahkan pas.


pas tidak perlu menyediakan badan pemantau untuk menilai prestasi kerana ahli dan penyokong sudah cukup untuk menilai dan mengkritik pemimpin pas, apakah pas tidak membuka kepada umum untuk dikritik, dalam konteks pas, semenjak dari dulu pas mengamalkan demokrasi tetapi hanya cilipadi007 tidak nampak kerana dia mungkin bukan ahli pas, setiap tahun ada muktamar, apakah tidak cukup masa untuk berbahas, berhujah untuk mengkritik menilai pemimpin pas. hujah hujah cilipad007 sebenarnya hanya menangguk diair keruh sewaktu hujan. pas tidak seperti pkr, umno dan dap, pas berbeza dengan semua jika mahu berfikir.


pemimpin pas dah sedar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, sebab itu pemimpin pas tidak gila jawatan sepertimana yang dimahukan oleh cilipadi007. pas diperkasakan dan telah melalui pelbagai peristiwa pahit dan manis, tapi oleh kerana ada segelintir manusia yang mahu pas menjadi terlampau sempurna mengikut acuan dan minda mereka. pas tidak akan dapat memuaskan hati semua orang, pas hanya mengikut acuan islam dan yang pasti ada yang tidak akan bersetuju dengan apa yang pas lakukan. pas dah mencuba dan ada yang cuba menghalang semua percubaan pas. pas adalah parti mustadafin, itulah pas yang sebenarnya. cuma ada kalangan penulis cuma membawa pas keluar dari posisinya selama ini. tuduhan dan fitnah dilemparkan dengan seburuk agar imej pas menjadi buruk. terjun dulu dalam pas barulah barulah kita tahu apa yang pas sudah buat dan apa pas yang akan buat. pas dah mencuba yang terbaik dan cuba menjadi yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP