welcome to www.kayukelat.blogspot.com

Sunday, April 4, 2010

Makmal Rasionalisasi Subsidi - makmal menghapuskan subsidi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji pemberian subsidi kepada rakyat yang berjumlah RM73 bilion melalui pengwujudan Makmal Rasionalisasi Subsidi. makmal itu diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan dijangka menyiapkan cadangan dan kajian berkenaan sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini."Kajian itu termasuklah apa juga berkaitan subsidi sama ada makanan, perkhidmatan, tol, tarif elektrik, pertanian, pelajaran dan sebagainya. Ia dibuat untuk melihat sama ada berlaku pertindihan, rasionalnya dan di mana yang perlu dibaiki, dikurangkan dan sebagainya.



makmal rahsia ini akan diketuai oleh deris jala yang mana deris jala telah gagal mengemudi syarikat penerbangan malaysia (mas) setelah banyak harta harta kerajaan yang dimiliki oleh mas telah dijual oleh deris jala dengan kerjasama umno. kegagalan deris dalam mengemudi mas telah disapu bawah tikar oleh umno. dengan janji manis umno dulu sebelum deris meletak jawatan dalam shell yang menawarkan gaji ratusan ribu. oleh itu demi memenuhi janji umno kepada deris jala jawatan menteri dijabatan perdana menteri jadi taruhan. walaupun deris jala nama yang gah dalam shell asia pasifik namun kebijaksaannya gagal untuk memulihkan syarikat penerbangan malaysia dari kerugian. percaturan membawa masuk deris jala dikatakan gagal juga memulihkan mas dari terus rugi, dan mas semakin banyak kehilangan harta harta kerana dijual oleh deris jala.



makmal subsidi ini ditubuhkan dibawah kementerian mail sabri, seorang yang menteri yang keseluruhannya gagal mengemudi KPDNKK, setiap hari rakyat malaysia dibebankan dengan kenaikan harga barang. mail sabri masih di kementerian ini kerana sama negeri dengan Perdana menteri, walaupun gagal dia masih lagi disitu kerana persefahaman negeri bersama pm. makmal subsidi akan mengkaji keseluruhan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan malaysia. biasanya kalau mail sabri yang bertanggungjawab kepada makmal ini, ini bermakna rakyat malaysia akan terus berhadapan dengan kenaikan harga barang dan yang pasti minyak akan naik sedikit masa lagi kerana subsidi akan dikurangkan dengan cepatnya oleh mail sabri.



tiada satu pun kejayaan mail sabri sepanjang beliau menjadi menteri, dengan melepaskan kos kos yang sepatutnya di tanggung oleh kerajaan di letakkan ke atas rakyat malaysia. deris jala akan mengemudikan makmal ini dan yang pasti harga barang akan melambung kerana subsidi akan dikurangkan dengan jayanya. tiada satu tindakan yang bijak oleh mail sabri kecuali terus membodohkan rakyat malaysia. deris jala akan mendapat gaji baru kerana mengetuai makmal subsidi, makin banyak kajian subsidi dilakukan maka makin banyak subsidi yang akan dikurangkan oleh kerajaan umno. dasar mencekik rakyat akan terus di buat sehingga pru ke 13 berlangsung, setahun sebelum pru ke 13 berlangsung maka dasar mencekik rakyat diberhentikan sementara. percapaian poket kerajaan didahulukan dan mendera rakyat diutamakan. slogan 1 malaysia.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP