kritik pandai bertugas tak mahu
kritikan dan pendapat yang amat bernas dilemparkan bila kalah pru hulu selangor, kritikan bernas kalau di bawak ke meja rundingan pasti menerima sokongan padu, atau tepukan berdiri oleh pendokong pakatan rakyat, habis pru hulu selangor je, pas menerima kritikan yang paling pedas, menyengat dan menusuk ke jantung, analisa analisa hebat dari pakar pakar politik yang diakui berkesan. mungkin yang melemparkan kritikan yang bijaksana boleh menganggotai sidang meja bulat pakatan rakyat, tapi sayang hanya pandai melemparkan pandangan.
kita berdosa kerana kita membiarkan barisan nasional menang, kita kurang perayu undi kat peti undi sini, peti undi sini tak banyak yang merayu undi, kita tak jawab isu isu dengan baik, makcik pakcik tak faham apco, tak faham WHO, perkataan perayu perayu undi terlampau bombastik tak difahami oleh pengundi pengundi felda terutamanya. pakatan rakyat perlu memahami kekuatan barisan nasional, perlu tahu kelemahan diri seperti UG dan katak, inilah antara lontaran idea yang canggih seperti canggihnya idea apco kepada kerajaan malaysia, melayu felda totok umno, propanganda barisan nasional berjalan sepanjang masa kerana media massa di miliki oleh barisan nasional. (contoh idea idea canggih, pakatan rakyat boleh menilai dan menggunakan pakai kritikan dan pandangan ini, mungkin pakatan rakyat akan berjaya menawan putrajaya)
aku tengok apa yang terjadi, kenapa tak halang apa yang terjadi, kenapa tak ditanya mengapa terjadi sedemikian, hanya andaian yang menbaluti minda, orang muda pkr hempas duit, ada saksi tapi tak berani nak menegur andaikata betul, menegur dalam blog, hebat sangat kalau dapat menulis kelemahan pakatan rakyat, aku ada saksi, bersaksikan bulan dan matahari, kalau pakaq boleh menerjah timb.presiden pas kenapa wanji dan alibangang tak menerjah mamat pkr yang hempas duit tu, penakut atau sengaja menimbulkan propanganda murrahan dalam blog, ulamak tak boleh menegur atau ulamak kepala lutut tengah mabuk barbican. kenapa kedua manusia yang hebat menulis diblog yang dikatakan amat popular dialam maya ini tak mampu menegur hanya sekadar melihat saja kejadian yang menyentuh jiwa. berani kerana benar salah tetap salah. tepuk dada tanya iman. apakah hanya berani menegur pemimpin, dan tak berani menegur ahli pkr kerana aku bukan orang pkr, aku hanya penyanjung anuar ibrahim.
jika kita jujur mahukan pakatan rakyat menang dimana mana, kenapa tak turun sendiri bersingsing lengan, memerah keringat, menahan mengantuk mata yang mencengkam, dinihari bukan bertambah sejuk tapi makin memanaskan. tidur dimana hanya yang sempat, lelap barang seminit dua, membasahkan kepala untuk menyenjukan diri, solat dimana saja yang sempat. datang hanya untuk snap gambar, lepas tu heboh seluruh dunia apa yang pakatan rakyat tak buat, tidur kat rumah sampai terbabas tak solat subuh pun, esok menulis lagi apa yang pakatan rakyat tak buat, ada datang mintak risalah, poster untuk diedarkan, ada mintak kertas kertas untuk menjawab isu isu barisan nasional, ada tolong photostat amanat tok guru, ada ke nak infak minyak, ada ke bagi hantar sebotol minuman, tak ada pun, hanya berani dalam alam maya, kalau benar sepertimana yang ditulis turun kesini dengan belanja duit sendiri. turun hanya buat lawa, bawak kamera, turun dengan suara halus macam bayu berbisik, ada tolong perayu undi menghadapi provokasi dari umno, ada datang ke balai polis untuk memberi sokongan kepada fariz musa and the gang yang ditangkap polis? banyak lagi yang boleh ditanya tapi jawapan hanya satu. TIADA SATU PUN YANG DIBUAT. HANYA PANDAI MENGKRITIK BUKAN DATANG KERJA. MENYOROK DIBALIK SELIMUT TEBAL. CAKAP DIKEDAI KOPI
3 comments:
ambik ko obat
apadia usen, tulis bagi terang senang orang faham, jangan buat ayat tergantung nanti tersilap faham kang saja je
tak boleh lah nak bantu.. bukan tak mahu, nanti kan org kata kita pro pkr pulak..
Post a Comment